Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SALAH PESAWAT ATAU KAPAL TU DAH LAMA


Pesawat terhempas: Juruterbang masih belum serik
Pesawat terhempas: Juruterbang masih belum serik
Mangsa ketika menerima rawatan awal selepas diselamatkan.

KUANTAN - "Tidak serik kerana ajal maut di tangan Tuhan," kata Mejar Nazrul Hafiz Zaini yang terselamat dalam insiden pesawat terhempas di Nenasi, Pekan.

Kejadian berlaku selepas pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Aermacchi MB339CM yang berpangkalan di Pangkalan Udara Kuantan itu terhempas selepas mengalami masalah teknikal kira-kira jam 12.50 tengah hari, tadi.

Nazrul bersama seorang juru terbang pelatih, Leftenal Hakimi Khairi, 24, terselamat apabila berjaya keluar menggunakan kerusi injap pesawat.

Nazrul yang yang mengalami kecederaan di leher dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Katanya, dia juga tidak trauma dengan kejadian tersebut memandangkan ia adalah lumrah dalam tugasannya.

"Masa kejadian, orang kampung dan pihak bomba cepat tiba di lokasi untuk membantu kami berdua," katanya.

Sementara itu, ayah Hakimi, Khairi Yusof, 47, terkejut sebaik menerima perkhabaran yang menimpa anak keduanya itu.

Katanya, dia menerima panggilan daripada anak sulung memaklumkan bahawa pesawat dipandu Mohd Hakimi terhempas di Pekan.

"Hari ini kebetulan saya ke Kuantan untuk urusan perbaharui lesen kenderaan dan ketika perjalanan pulang ke Kemaman, anak sulung telefon beritahu.

"Memang terkejut namun bersyukur apabila Mohd Hakimi terselamat walaupun mengalami kecederaan di kaki kiri,"katanya ketika ditemui di HTAA.


Sementara itu menurut kenyataan media dikeluarkan Markas Tentera Udara, pesawat tersebut dikatakan mengalami masalah teknikal ketika membuat penerbangan latihan.
 
TUDM akan menubuhkan sebuah Lembaga Penyiasatan bagi menyiasat punca kemalangan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.