Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

kesah parti kuali ke ?

Rabu, 18 Mei 2016

Image result for pan image

 

Ego Pandir Belaan Yang Mengaku Hebat 




Selepas PRN Sarawak yang memperlihatkan betapa hebat janji berhitam putih 3 parti pembangkang terkuat yang pernah wujud iaitu Pakatan Harapan yang dimiliki bersama antara DAP, PKR dan PAN. 7 teras utama yang diumum wakil ketiga-tiga parti yang berada di dalam PH dengan memperlekehkan pakatan yang diwujudkan sebelum PH iaitu Pakatan Rakyat dengan menendang jauh 'Setuju dengan tidak bersetuju' yang di anggap tidak sesuai. 



Walau pun di anggap rapuh para pandir-pandir ternama PR tetap bertahan lebih sepenggal sebelum DAP merasakan mereka terjerat dengan perjanjian 'setuju dengan tidak bersetuju' dengan PAS. Serangan demi serangan ditujukan terhadap batang tubuh Presiden PAS demi mengambil hati kaum Cina. Bukan setakat di luar malah broker-broker DAP dan PKR yang mengawal MT PAS Pusat turut di gerakan demi mengawal PAS. 



Satu pakatan profesional di dalam PAS dibentuk pada Muktamar Pemilihan PAS dengan meletakkan semua calon dari peringkat Presiden sehinggalah semua jawatan MT. Dengan bantuan dana yang cukup besar di salurkan oleh DAP untuk memenangkan para pandir-pandir belaan. Malah DAP memainkan peranan dengan menyerang secara terang-terangan dari luar dengan pandir yang berada di dalam PAS mula memainkan peranan mereka mengikut arahan dari tokong besar mereka. Akhirnya semua pandir-pandir yang menjadi broker DAP tumbang sekor demi sekor.



PAS telah hancur berkecai bila pandir-pandir belaan tokong besar cuba membeli parti KITA tetapi gagal kerana harga di luar kemampuan lalu para pandir mengambil alih Parti Pekerja yang ideologinya Sosialis. Untuk mengantikan PAS sebagai parti Islam maka di ubah ideologi Parti Pekerja dengan ideologi Islam Sosialis. Parti Islam yang suci lagi bersih yang memberi rahmat kepada sekalian alam,


Apabila berlakunya PRN Sarawak maka berlakulah lawak antara bangsa kerana baru beberapa bulan perjanjian yang berwakilkan pemimpin tertinggi tiga parti sekutu PH, kita dihidangkan drama serang menyerang di antara PKR dengan DAP. Masing-masing menunjukkan yang parti merekalah yang paling layak menjadi calon di dun yang di tandingan. Apa peranan PAN dalam perbalahan yang memalukan kerana sebelum itu bagaimana gahnya mereka perjanjian yang bukan calang-calang pakar terulung mendrafkannya. Para pemimpin tertinggi pandir-pandir diam seribu bahasa kerana tidak berani untuk mencelah disebabkan takut dana yang semakin kering akan terus kering kontang. Gua dah kata, kalau dah jadi barua hanya layak tolong cuci taik yang tersembur akibat perbalahan antara DAP dengan PKR.

Sekarang Nuar Tahil dok melalak untuk menunjukkan kepada tokong besar yang partinya bukan tak buat kerja sejak membaruakan diri pada tokong besar. Dana yang diberi oleh tokong besar digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menghancurkan PAS walau pun lebih banyak masuk poket para pandir-pandir terulung. Kalau dah terikat dengan tokong besar, dah tak boleh nak berundur takut kena sumpahan tokong besar. Bukan main lagi lagi Nuar Tahil suruh PAS keluar dari Selangor pasal Selangor dengan P.Pinang adalah milik PH (Pakatan Haprak) walau pun Selangor dan P.Pinang menang atas nama Pakatan Rakyat bukannya Pakatan Haprak.


Kalau jenis tak sedar diri beginilah jadinya, di beri menumpang berteduh pasal kesian nak cari makan, tiba-tiba nak halau tuan rumah dan mengaku rumah itu miliknya. Fatwa oleh ulama luar biasa Islam Sosialis, harta wakaf boleh diambil semula oleh waris pewakaf, sumpah bai'ah talak tiga sentel dengan sembelih kambing sekor, harta milik PAS kena faraidkan pasal pandir-pandir terulung banyak buat sumbangan semasa duk dalam PAS maka jadilah ia harta sepencarian. Sumpah bai'ah calon yang menang tidak perlu lepas jawatan pasal semua kemenangan adalah hasil kerja keras dan kehebatan para pandir bukan kerana atas nama PAS.


Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang terkosong sudah disahkan oleh tokong besar bahawa parti pandir sahaja yang boleh meletakkan calon untuk menghadapi BN. Sebagaimana tokong besar hanya menyokong Hudud pandir kerana Hudud yang di draf oleh PAS tidak betul pasal Hudud pandir Hudud Islam Sosialis. So, PAS jangan duk berangan nak letak calon di Sungai Besar dengan Kuala Kangsar.


Blogger-blogger pandir dah mula buka silat demi memenangkan calon-calon dari parti pandir. Semua dah mula bersilat pulut, silat santan, semua silat ada dan tidak lengkap tanpa silat jeruk Tok Ali yang terkenal di utara. Bak kata terlebih laris sehingga kencing Tok Ali pun manis bro. Mungkin inilah peluang Tok Ali untuk mencukupkan kutipan untuk bayar saman. Kesian gak dengan Tok Ali yang cukup alim dulu ketika duk dalam al-Arqam tapi sejak kencing manis naik mencanak, dah pandai sebut natang-natang, prono-prono yang tak sempat nak ngajar anak murid perkataan berganda.


Bagi gua lu nak nak bertanding kat mana-mana pun tak dak orang kesah pun, nak jadi barua jadilah, nak membaruakan diri kepada tokong besar jadilah janji para pendokong, pengampu pandir-pandir terulung bahagia. Lu nak jadi apa lantak lu ler pasal sekarang rakyat bukannya bodoh macam para pandir-pandir terulung. Nak buat citer ratib UG pun dah tak laku, last-last yang menuduh duk gila babi nak berUG dengan Umno, tokong besar pula dok kaunting nak berUG dengan BN. Elok sangat ler antara barua dan tuannya./GANR

5 orang berkata:

Unknown said...

Tipikal Pejuang Bangsa (Cina)..

Kalau DAP diserang atas angkara memperlekehkan Melayu, hanya PAN yg beria2 mempertahankan DAP malah mengherdik dgn kata2 keramat mereka iaitu kenapa asyik2 DAP sahaja yg dipersalahkan! Ini lantaran PAN juga terluka jika DAP terluka..

Bila islam pula diserang oleh DAP, PAN juga yg beria2 mempertahankan DAP.. i.e. sehingga DAP tidak perlu memohon maaf pun kpd DZN sebaliknya hanya memohon maaf kpd rakyat Malaysia yg sebenarnya tidak ada kena mengena dgn kerakyatan DZN apatah lagi batang tubuh DZN itu sendiri.. yg hanya ada ialah islam yg menjadi ikatan ukhuwah sesama mereka (tidak termasuk PAN).

Kedua2 senario di atas menunjukkan PAN sebenarnya bukanlah pejuang islam dan bukan juga pejuang bangsa Melayu! Malah tidak keterlaluan jika kita letakkan bhw PAN sebenarnya hanyalah memperjuangkan bangsa Cina demi undi org2 Cina..

Sekian..

Anonymous said...

macam tulah parti belaan dap...rkyat dah mula meluat.

jeje said...

christian louboutin shoes
san diego chargers jerseys
ralph lauren outlet
kate spade sale
polo ralph lauren outlet
michael kors outlet
off white shoes
coach outlet
prada shoes outlet
nike soldes femme

Unknown said...

nike flyknit
adidas stan smith
adidas tubular
ultra boost
caterpillar boots
van cleef arpels
air jordan
nike air amx 270

Unknown said...

zzzzz2018.6.15
pandora
michael kors outlet online
ralph lauren outlet
ralph lauren outlet
air max 90
salomon
ralph lauren outlet
coach factory outlet
ralph lauren outlet
nike shoes

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.