Malaysia jumpa Denmark di separuh akhir
Pasangan
beregu kedua negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong (dua, kiri)
bersalaman dengan pasangan Taiwan Chen Hung Ling dan Wang Chi-Lin pada
peringkat suku akhir Kejohanan Piala Thomas di Pusat Sukan Kunshan
semalam. Skuad Piala Thomas negara berjaya menewaskan Taiwan 3-1 setelah
Koo dan Tan menang dengan 21-16 dan 22-20. - Foto Bernama
MALAYSIA akan menentang Denmark pada separuh akhir Piala Thomas di Pusat Sukan Kunshan di sini, hari ini.
Pada perlawanan suku akhir semalam, Malaysia layak ke separuh akhir
selepas menewaskan Taiwan 3-1 manakala Denmark mengalahkan juara
bertahan Jepun 3-2.
Dalam pada itu, juara sembilan kali China dikejutkan oleh Korea Selatan
3-1 manakala Indonesia mengalahkan Hong Kong 3-1 dalam satu lagi
saingan suku akhir.
Korea Selatan akan berdepan dengan Indonesia dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Dalam saingan Piala Uber, juara bertahan China akan menentang India
pada saingan separuh akhir manakala Korea Selatan berdepan dengan Jepun
dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Pada perlawanan suku akhir, China menumpaskan Taiwan 3-0, India
mengalahkan Thailand 3-1, Korea Selatan menewaskan Indonesia 3-0
manakala Jepun menundukkan Denmark 3-0.


0 orang berkata:
Post a Comment