Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PASAI CERITA LAMA LA NUAR MASIH DALAM PENJARA

Mahathir: Itu pandangan dia, cerita lama
 Mahathir Mohamad
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto Bernama

SUBANG JAYA - Enggan mengulas lanjut, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan ‘warkah dari penjara’ oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mahu kerjasama Deklarasi Rakyat diteruskan bersama beliau sebagai satu pandangan peribadi.

“Itu pandangan peribadi dia (Anwar)... itu cerita lama, tak perlu nak ungkit apa-apa,” ujarnya ringkas selepas majlis dialog anjuran Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) di Holiday Villa, hari ini.

Mahathir sebelum ini mengakui tidak mustahil masih wujud perasaan dendam antara dirinya dengan Anwar ketika mereka bersama menerajui negara.


Bagaimana pun, katanya, tuduhan Anwar mendakwa beliau menggunakan pentas Deklarasi Rakyat sebagai membalas dendam adalah tidak tepat.

“Memang la, dia (Anwar) pun dendam pada saya. Sama-sama berdendam,” katanya sebelum ini.
Sementara itu, Mahathir ketika ditanya mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai dakwaan bahawa beliau merupakan individu yang tidak mengenang jasa Umno.

“Siapa kata saya tak kenang jasa? Saya sebenarnya keluar dari parti Najib, bukan Umno. Saya juga tak gunakan parti demi kepentingan diri seperti dia (Najib) lakukan,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.