Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HANYA YANG SESUAI DENGAN SELERA DAP SAHAJA YANG BOLEH BEKERJASAMA


Tiada lagi kerjasama Pas dengan pembangkang
Pas

KUALA LUMPUR - Akan wujudkah kerjasama politik antara‎ Pas dengan mana-mana pakatan pembangkang khususnya untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)?

Telahan pada masa ini adalah kemungkinan tiada lagi kerjasama seumpamanya ekoran jurang besar daripada segi matlamat perjuangan antara Pas, DAP dan PKR serta Parti Amanah Negara (Amanah), sekali gus menyukarkan mereka berkompromi dalam isu-isu dasar parti.

Menurut beberapa penganalisis politik, usaha Pas membentuk kerjasama politik dengan parti-parti pembangkang lain tidak kekal lama seperti yang pernah berlaku semasa parti itu berada dalam pakatan longgar Barisan Alternatif dan seterusnya Pakatan Rakyat.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata Pas kini menyedari bahawa kerjasama politik tidak menyebelahi mereka dan ia hanya menjadi medan untuk parti itu dipergunakan rakan sekutu terutama dalam persediaan dan kempen pilihan raya.

"Pas tidak mungkin kembali bersama pakatan pembangkang. Prestasi Pas pada pilihan raya kecil (PRK) di Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Parlimen Kuala Kangsar, Perak sebelum ini juga sedikit sebanyak meyakinkan parti itu untuk bergerak sendiri.

"Selain itu, perjuangan Pas dalam isu hudud yang ditentang keras DAP di samping pemimpin PKR yang membuat kenyataan tidak menyokong undang-undang itu, turut menyumbang kepada keengganan Pas untuk kembali bekerjasama," katanyakepada Bernama.

Berbeza Matlamat

Mengulas lanjut, Nik Ahmad Kamal berkata selagi Amanah, yang merupakan parti serpihan Pas berada dalam pakatan pembangkang, Pas tidak akan bekerjasama kerana menganggap pemimpin Amanah yang keluar daripada Pas sebelum ini (dan menubuhkan Amanah) telah merosakkan perjuangan Pas.

Beliau berkata keadaan bertambah sukar apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul persendirian Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 di Parlimen, 26 Mei lepas yang dianggap DAP sebagai memberi peluang besar untuk parti itu memperkenalkan hudud di setiap negeri khususnya Kelantan.

"Ini kerana DAP menganggap pembentangan rang undang-undang itu adalah manifestasi perjuangan Pas yang jelas bertentangan dengan dasar dan prinsip mereka. Dasar perjuangan dan matlamat yang berbeza merupakan penghalang terbesar untuk mereka kembali bekerjasama.

"DAP berpendapat mereka boleh menang banyak kerusi Dun dan Parlimen bersama Pakatan Harapan kerana berfikiran jika bersama Pas, mereka akan kehilangan banyak undi bukan Melayu. Pas pula melihat Pakatan Harapan khususnya DAP tidak akan mendapat undi Melayu (tanpa mereka) selain yakin mereka boleh membuat kejutan di kawasan majoriti Melayu pada PRU14 akan datang," katanya.

Pembakang Baharu

Adakah wujud kemungkinan Pas menyertai pakatan pembangkang baharu yang diasaskan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad?

Menjawab persoalan itu, Nik Ahmad Kamal berkata meskipun Pas masih mencari rakan sekutu yang sesuai untuk menjalin kerjasama, namun pakatan pembangkang baharu itu dijangka bukan pilihan mereka.

Ini kerana beliau berpendapat selain tidak mempunyai matlamat dan objektif yang jelas, Pas masih samar akan kelebihan yang akan diberi pakatan itu daripada aspek penambahan bilangan undi kepada mereka.

Pada 14 Julai lepas, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan satu pakatan pembangkang yang melibatkan sebuah parti baharu, dan bakal dianggotai PKR, DAP dan Amanah untuk menentang BN pada PRU14 akan datang.

Namun, Abdul Hadi berkata, Pas tidak akan terburu-buru membuat keputusan untuk menyertai pakatan pembangkang baharu itu selain menyifatkan ia sebagai sebuah bahtera yang kelam kabut kerana hanya berhasrat mahu menumbangkan kerajaan sedia ada.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob pada Isnin lepas berkata Pas mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung penubuhan parti baharu itu kerana masih terlalu awal untuk Pas membuat sebarang keputusan bagi menjalin hubungan dengan pakatan itu.

Tumbang Kerajaan

Sementara itu, pensyarah kanan Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berpendapat pakatan pembangkang baharu itu langsung tidak membawa kepada aspirasi nasional melainkan bertujuan menumbangkan kerajaan semata-mata. 

Pakatan pembangkang baharu itu tidak akan menjadi alternatif terbaik bagi BN, dan jika Pas bersedia menyertai pakatan di bawah pimpinan Dr Mahathir, bererti mereka rela mempertaruhkan parti untuk menjadi pendokong Mahathirisme yang ditentang selama berpuluh tahun.

"Justeru saya berpendapat, selagi ada gandingan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din dan Abdul Hadi memimpin Pas buat masa ini, Pas tidak akan menyertai pakatan pembangkang baharu itu.

"Tidak kira jika Pas menyertai Pakatan Harapan atau pakatan pembangkang baharu, Pas masih perlu memikirkan impak negatif apabila bergabung terutama bersama DAP. Mereka telah merasai bahana kerjasama sebelum ini, adakah masih tidak serik?," ujar beliau.

Md Shukri turut berpendapat sekiranya Pas memilih untuk bergabung, ia bermakna parti itu akan kekal menghadapi kesukaran disebabkan perbezaan pandangan, ideologi, misi perjuangan termasuk cara berpolitik ditambah dengan kehadiran bekas pemimpin Umno iaitu Dr Mahathir sendiri. - Bernama

1 orang berkata:

Seotop1 said...

Professional printing company in Hanoi, with many years of experience with modern printing workshop & excellent staff. In Nguyen Gia is a prestigious printing address trusted by many customers in Hanoi & across the country.
See our service details at:
in ky yeu
kỷ yếu
in phong bì giá rẻ
báo giá in thẻ nhựa
công ty in lịch
thiết kế cửa hàng quần áo đẹp
báo giá in kẹp file
in name card visit
báo giá in lì xì
We always put the quality of work, progress to complete with every customer request.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.