Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

25 ATAU 26 JULYMAHADHIR KUMPULKAN GENG DIA


Bekas ahli Umno sokong Mahathir
TUn M
Bekas Perdana Menteri,Tun Mahathir Mohamed mengumumkan untuk meninggalkan parti UMNO pada sidang media yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana,Putrajaya. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
 
DALAM usaha menubuhkan parti pembangkang yang baharu, bekas Perdana Menteri, Dr Tun Mahathir Mohamad dijangka berdialog dengan bekas pemimpin-pemimpin Umno yang dipecat minggu depan.

Selain itu, ramai ahli Umno yang menjadi penyokong setia bekas perdana menteri itu juga dipercayai akan hadir.

Biarpun penubuhan parti baharu itu masih di peringkat perbincangan, malahan nama parti pun belum ditentukan lagi, namun ramai ahli Umno yang kecewa dengan pucuk pimpinan Umno sekarang telah menyatakan kesediaan mereka untuk menjadi ahli dalam parti baharu tersebut.

Antara pemimpin veteran Umno yang bakal menjadi ahli ialah bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid.

Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Paduka Khairuddin Abu Hassan memberitahu Sin Chew Jit Poh, sejak berita Mahathir untuk menubuhkan parti baharu diumumkan, banyak pihak telah memberikan reaksi yang positif termasuk gabungan belia, badan-badan bukan kerajaan (NGO), rakyat biasa dan tidak ketinggalan ahli Umno dari seluruh negara.

"Kami akan berdialog dalam satu perjumpaan yang dijadualkan diadakan sama ada 25 atau 26 hari bulan ini. Tun Mahathir harap dapat kumpulkan semua orang untuk memberi pandangan bagi menentukan hala tuju parti baharu kami ini," kata Khairuddin.

Mengenai siapakah antara pemimpin veteran Umno yang bakal menyertai parti ini, Khairuddin masih belum bersedia mengumumkan identiti yang terlibat.

"Mengenai kedudukan Sanusi, saya percaya beliau akan tetap bersama kami," katanya.

Hubungan Hadi dengan Tuan Ibrahim baik

Timbalan Presiden Pas, Tun Ibrahim Tuan Man menegaskan hubungan beliau dengan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah baik dan tidak ada sebab beliau perlu meninggalkan parti.

Tuan Ibrahim berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Hadi, sebaliknya dapat bekerjasama dengan pemimpin No. 1 dalam parti itu.

"Saya akan tetap bersama Pas. Saya dengan Hadi serta pucuk pimpinan parti dapat menggerakkan parti dengan berjaya. Kami saling hormat-menghormati dan bertolak ansur sekiranya berlaku sebarang perbezaan pendapat. Itulah kekuatan sebenar yang ada dalam Pas," kata Timbalan Presiden Pas itu lagi kepada Sin Chew Jit Poh.

Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad agar Tuan Ibrahim dan Naib Presiden, Datuk Iskandar Abd Samad meninggalkan Pas kerana mereka bersikap berbeza dan Pas tidak lagi sudi atau mampu membawa mesej Islam sebagai ‘rahmatal-lil-’aalamin.

Kes rogol makin berkurangan

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Seksual dan Penderaan (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Asisten Komisioner Ong Chin Lan berkata, daripada perangkaan yang diperoleh membuktikan, kes rogol yang dilaporkan berlaku di negara kita telah semakin berkurangan sejak tahun lepas berbanding tahun ini

Ketika memberitahu Guang Ming Daily, Chin Lan berkata, antara Januari hingga Mac tahun lepas, kes rogol telah mencatatkan 480 kes, namun ia telah menurun kepada 462 kes antara Januari hingga Mac tahun ini.

 "Antara punca penurunan sebanyak 18 kes ataupun empat peratus ini adalah disebabkan kempen kesedaran kepada kalangan wanita dan kanak-kanak yang dilancarkan oleh pihak polis dan badan-badan swasta, khasnya pada 2012," katanya.

Beliau berkata, sepanjang 2013, pihak polis telah menganjurkan enam kali ceramah di dewan orang ramai dengan jumlah penyertaan pelajar seramai 803 orang dan 786 orang daripada kalangan orang awam.

Setahun kemudian, jumlah ceramah ditambah kepada 196 kali dengan jumlah penyertaan pelajar seramai 30,524 orang.

1 orang berkata:

Seotop1 said...

Thank you
in sổ tay innguyengia
in thẻ nhựa tại hà nội
in kỷ yếu lớp
in thẻ cào trúng thưởng
in lich tet 2021
in phong bì công ty
in hóa đơn bán lẻ giá rẻ
We provide more than 50 different printing & design services such as yearbook printing, envelope printing, plastic card printing, lucky money printing, Tet calendar printing, business card visits, catalog printing, etc.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.