Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Pakatan Harapan akan mengambil satu tindakan politik


Isu 1MDB: Majlis Presiden Pakatan gesa tiga perkara
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Wan Azizah Wan Ismail

SHAH ALAM – Susulan kenyataan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat sebelum ini mengeluarkan kenyataan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap 1MDB, Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini menggariskan tiga perkara yang menuntut kerajaan mengambil tindakan segera bagi mengelakkan implikasi lebih besar berlaku kepada negara.

Presiden PKR, Datuk Dr Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan bersama semalam berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu bercuti sebagai Perdana Menteri dengan segera berikutan wujudnya persepsi tertentu terhadap pemimpin negara itu.

“Wujud persepsi terhadap Najib bahawa beliau mempunyai kuasa dan pengaruh ke atas agensi utama kerajaan termasuk pejabat Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Isu ini juga berkait rapat dengan bidang kuasa malah juga jangka masa beliau memegang jawatan tersebut,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Wan Azizah dalam kenyataannya turut meminta Kabinet menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menitahkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menjalankan siasatan ke atas isu ini.

“Badan siasatan tersebut perlu terdiri daripada individu-individu yang tiada kaitan dengan mereka yang didakwa terlibat di dalam isu ini,” katanya lagi.

Beliau turut menuntut Najib memanggil satu sidang Parlimen tergempar  bagi memberikan penjelasan sepenuhnya mengenai isu ini kepada ahli-ahli Parlimen.

“Majlis Presiden Pakatan Harapan juga dengan ini memberikan kata dua kepada Najib, sekiranya beliau dan Kabinet gagal melaksanakan ketiga-tiga perkara di atas, Pakatan Harapan akan mengambil satu tindakan politik dalam masa terdekat,” tegasnya lagi.

1 orang berkata:

Unknown said...

Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
benar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4D
dan alhamdulillah saya dapat Rp.330 juta dan semua ini
berkat bantuan angka dari MBAH SANGKIL
karena cuma beliaulah yang memberikan angka
ghoibnya yang di jamin 100% tembus awal saya
bergabung hanya memasang 70 ribu karna
saya gak terlalu percaya ternyatah benar-benar
tembus dan kini saya gak ragu-ragu lagi untuk memasang
angkanya karna 4X berturut-turut saya menang
buat anda yang butuh angka 2d 3d 4d dijamin tembus
hubungi di nomor hp: (~0852~1049~3757~) MBAH SANGKIL
saya jamin beliau akan membantu kesusahan
anda apalagi kalau anda terlilit hutang trima kasih..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.