Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KENA TENGOK SEKALI KEBAJIKAN MEREKA

ATM adakan siri jelajah kekang penularan fahaman IS
Angkatan Tentera Malaysia ATM

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil langkah proaktif mengadakan program jerayawara di kem tentera seluruh negara sebagai usaha mengekang penularan fahaman kumpulan militan IS dalam kalangan anggotannya.

Jurucakap Bahagian Staf Perisikan Pertahanan ATM berkata, siri jelajah berkenaan sudah mula dijalankan sejak Februari tahun lalu dengan kerjasama Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat).

Katanya, tujuan program berkenaan diadakan ialah bagi memberi kefahaman kepada anggota tentera mengenai jihad daripada perspektif Islam selain memberi kesedaran bahaya perjuangan gerakan ekstremis.

"Setakat ini, kami sudah mengadakan 16 siri jelajah...melalui program ini ceramah berkaitan sejarah dan perkembangan Daesh serta bahaya pengaruh kumpulan militan itu akan didedahkan oleh penceramah daripada ATM sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Roadshow Task Force Perisai Wira yang diadakan dua hari bermula hari ini di Kem Perdana Sungai Besi, di sini.

Selain program siri jelajah, ATM turut menerbitkan bahan bacaan mengenai bahayanya ancaman Daesh di portal rasminya untuk dijadikan rujukan anggotanya, kata jurucakap itu. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.