Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA PILIHANRAYA AWAL DAP AKAN TERUS BERKUASA


SEKARANG INI RAKYAT SUDAH MACAM BARU BUKA MATA TENTANG 1MDB, RATA-RATA MULAI TERSEDAR TENTANG KABURNYA MASALAH TERSEBUT, TERASA PULA RUGI BESAR KERANA WANG YANG DIKATAKAN TELAH HILANG DIKHUATIRI TELAH DIBOLOT OLEH PEHAK TERTENTU, INI BERIKUTAN KENYATAAN MAHADHIR DAN PARTI PEMBANGKANG YANG MERASAKAN ADA YANG TIDAK KENA DENGAN KES TERSEBUT - Pak Karamu                                                                 
PRN: Biar rakyat buat keputusan
Akhbar Cina

KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, tujuan partinya untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) lebih awal adalah untuk membolehkan rakyat buat keputusan, sama ada masih sokong Pakatan Harapan ataupun sebaliknya, lapor China Press.

Katanya, setelah beliau didakwa di mahkamah, adalah lebih baik kuasanya diserahkan semula kepada rakyat agar rakyat boleh membuat keputusan yang tepat.


“Sekiranya keputusan mahkamah tidak memihak kepada saya, sekurang-kurangnya kuasa pemerintahan negeri berjaya dikekalkan,” katanya di Seremban, kelmarin.


Dalam pada itu, menurut sumber, PRN Pulau Pinang dijangka dibubarkan minggu depan selepas DAP yakin dapat menerima sokongan kuat daripada pengundi, lebih-lebih lagi pengundi Melayu.


Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dikatakan telah berbincang dengan beberapa pemimpin PKR dan menemui Yang Dipertua Negeri, kelmarin dalam usaha membubarkan Dun dan mengadakan PRN lebih awal.


Sumber itu memberitahu, DAP amat yakin dapat mengekalkan sokongan pengundi Melayu seperti dalam PRU lalu.


“Oleh itu, PKR sepatutnya tidak terlalu bimbang akan kehilangan sokongan pengundi
Melayu sekiranya PRN diadakan lebih awal,” kata sumber itu.


Ketika ini, PKR mempunyai 10 kerusi Dun di Pulau Pinang.


Selesaikan dulu masalah kesesakan

Beberapa pemimpin persatuan perniagaan berharap pihak berkuasa dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu-lintas di Tambak Johor sementara menunggu projek pembinaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura siap pada 2026.


Mereka berpendapat, disebabkan tempoh pembinaan kereta api berkelajuan tinggi itu
hanya akan siap dalam 10 tahun lagi, oleh itu adalah lebih baik jika masalah kesesakan di
Tambak Johor dapat diatasi terlebih dulu.


Pemimpin-pemimpin persatuan perniagaan Johor ketika memberitahu Orientaldaily, buat ketika ini, masalah utama yang menghimpit penduduk Johor Bahru ialah kesesakan lalu-lintas.


“Apa yang amat diperlukan penduduk Johor Bahru pada masa ini perkhidmatan bas
yang cepat dengan membawa mereka ke destinasi tanpa membuang masa yang terlalu
lama di atas jalan raya.


“Sekiranya perkhidmatan awam dapat dipertingkatkan, sudah pasti masalah kesesakan lalu-lintas di sekitar Johor Bahru dapat dikurangkan,” kata Presiden Persatuan
Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana Johor Selatan, Teh Kee Sin.


Manakala Presiden Persekutuan Perniagaan dan Industri Johor, Tan Sri Tan Seng Leong berpendapat, tempoh 10 tahun untuk menyiapkan projek kereta api berkelajuan tinggi adalah amat lama.


Beliau mencadangkan sekiranya boleh ia dapat dipendekkan kepada lima tahun, memandangkan ia dibina menggunakan peralatan moden dan canggih.
   Warga Kuala Lumpur tetap merungut

Biarpun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersetuju untuk membatalkan penguatkuasaan tempoh parkir terhad selama dua jam, warga Kuala Lumpur masih mengharapkan kadar baharu parkir dapat dipertimbangkan semula.


Tinjauan yang dijalankan Sin Chew Jit Poh, rata-ratanya menyambut baik pembatalan tempoh parkir kerana ia dapat memudahkan urusan orang ramai.


“Walaupun menyedari setiap hari Kuala Lumpur menghadapi masalah kesesakan, tetapi demi kerja, terpaksalah memandu kereta masuki Kuala Lumpur.


"Ramai yang merungut perkhidmatan awam seperti bas dan LRT walaupun ada, namun rangkaian perhubungan antara satu bandar dengan satu bandar yang lain masih belum memuaskan,” kata Lee, seorang kakitangan bank yang menetap di Cheras, Kuala Lumpur.


Beliau berpendapat, DBKL sepatutnya menangguhkan kenaikan kadar parkir daripada RM0.80 sejam kepada RM2 sejam ini disebabkan sistem perkhidmatan awam masih belum sempurna dan projek pembinaannya masih dijalankan.


Seorang peniaga, Tan berkata, beliau berterima kasih kepada DBKL kerana mendengar rungutan orang ramai apabila bersetuju membatalkan tempoh had parkir, bagaimanapun, kenaikan kadar baharu parkir dianggap terlampau tinggi dan membebankan orang ramai.

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.