Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CEPAT BERSIHKAN NAMA !

Individu dinamakan DOJ digesa bersihkan nama
Najib Tun Razak
Najib Tun Razak. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kerajaan mahu individu yang dinamakan dalam laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat bertindak membersihkan nama masing-masing bagi memastikan tiada penyalahgunaan wang rakyat berlaku seperti dilaporkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan mengambil serius laporan DOJ itu dan sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada semua pihak dalam siasatan.

"Sebab itu bila keluar laporan DOJ, kerajaan tetap memandang berat perkara tersebut dan mahu supaya siapa yang dinamakan itu ambil tanggungjawab bersihkan nama mereka, pastikan tiada wang rakyat disalahgunakan.

"Jadi, janganlah kita terbawa-bawa dengan hal ini, serahkan kepada proses keadilan sewajarnya kerana kita percaya lambat laun kebenaran akan diketahui jua," katanya semasa berucap pada majlis penyerahan surat tawaran menunaikan fardu haji 1437H/2016 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 1,100 orang yang terdiri dripada imam, ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menerima surat tawaran tajaan Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB). 
 
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat baru-baru ini memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1MDB yang didakwa diselewengkan.

Najib yang juga Menteri Kewangan menarik perhatian bahawa 1MDB sering menjadi bahan celaan walaupun telah menghabiskan ratusan juta ringgit menjayakan program-program sosial dan kemasyarakatan sejak penubuhannya.

Menjadikan program tajaan haji sebagai contoh, Perdana Menteri berkata bagaimanapun setiap apa yang dilakukan itu akan dipastikan prinsip kebertanggungjawaban menjaga harta rakyat tidak diabaikan sama sekali.

Najib berkata, usaha memantapkan 1MDB akan terus dilakukan malah yakin serta percaya kedudukan 1MDB akan lebih mantap dan kukuh dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata program tajaan haji yang diilhamkannya sejak 2011 berjaya menghantar seramai 4,611 jemaah, yang merupakan menifestasi penghargaan kerajaan kepada golongan imam, JKKP dalam memainkan peranan memartabatkan syiar Islam di peringkat akar umbi.

Najib berkata, sebanyak RM10.4 juta telah diperuntukkan Yayasan 1MDB bagi menjayakan program tersebut sepanjang tempoh itu.

Najib berkata, kerajaan di bawah pimpinannya komited melaksanakan tanggungjawab meninggikan syiar Islam berpandukan prinsip Maqasid Syariah.

Kepada bakal jemaah haji, Perdana Menteri berharap mereka dapat menggunakan kesempatan itu mendoakan kesejahteraan negara agar terhindar daripada tohmahan, selain berdoa untuk diri sendiri.

"Selain doa untuk diri sendiri, doa yang dipesan orang lain...harap tolong juga doakan untuk kebaikan negara semasa di Arafah dan Masjidil Haram yang afdal untuk berdoa," katanya.– Bernama

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.