Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SELAMA NI DAP YAKIN PKR KUAT, RUPANYA BARU DAP SEDAR PKR MACAM PAN JE


Keputusan PKR tamparan hebat kepada DAP
Zainal Abidin Osman
Zainal Abidin Osman

GEORGETOWN- Keputusan PKR yang masih belum yakin dengan cadangan DAP untuk mengadakan pilihanraya negeri (PRN) dilihat satu tamparan hebat terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Pengerusi Umno negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, dengan kenyataan media oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kelmarin, ia jelas menunjukkan DAP masih gagal mendapat sokongan rakan kongsi utama mereka bagi mengadakan PRN lebih awal.

Menurutnya, keputusan mesyuarat PKR yang diadakan malam semalam jelas menunjukkan maruah dan kredibiliti Guan Eng tercalar.

"Seperti yang diduga, PKR sekali lagi menyatakan mereka belum yakin dengan cadangan Guan Eng dan DAP untuk mengadakan PRN lebih awal dan Amanah  pula mengambil sikap 'tunggu dan lihat'. Ini merupakan satu tamparan hebat kepada ego Guan Eng dan DAP yang masih gagal mendapatkan sokongan rakan kongsi  utama mereka bagi mengadakan pilihanraya negeri lebih awal.

" Kegagalan Guan Eng meyakinkan sekutu politiknya untuk menyokong cadangan beliau telah mencalar maruah dan kredibilitinya sebagai Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang serta menghakis keyakinan dan hormat rakyat terhadap beliau sebagai seorang pemimpin utama pakatan parti pembangkang," katanya menerusi kenyataan medianya hari ini.

Semalam, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memutuskan secara sebulat suara bahawa parti itu masih belum yakin dengan cadangan tersebut.

Kenyataan itu dibuat Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas mesyuarat yang diadakan di ibu negara.

Menurutnya, mengambil semangat setiakawan, PKR tetap bersedia untuk meneruskan perbincangan dengan parti rakan di dalam Pakatan Harapan.

Zainal Abidin berkata,  dengan keputusan PKR itu, DAP jelas tidak mendapat sokongan 10 Adun PKR di negeri ini.

"Cadangan mengadakan PRN menunjukkan ia satu langkah tergesa-gesa dan terburu-buru yang dibuat Guan Eng dan DAP. Mereka kini dalam keadaan panik setelah Guan Eng sendiri dihadapkan ke mahkamah kerana dua pertuduhan jenayah rasuah.

"Dengan keputusan PKR semalam (kelmarin), ia bermakna 10 Adun PKR di Pulau Pinang belum bersetuju dengan pembubaran segera Dun malah Pas yang mempunyai seorang Adun juga tidak bersetuju selepas kenyataan dibuat pemimpin mereka baru-baru ini," katanya.

Menurutnya, Guan Eng perlu mengambil tindakan bermaruah dengan melepaskan jawatannya segera.

"Percubaan Guan Eng untuk mengheret rakyat ke dalam masalah peribadi beliau, dengan cadangan membubarkan Dun bagi mengadakan PRN jelas  ditolak.

"Berdasarkan perkembangan terkini itu, beliau seharusnya mengambil tindakan bermaruah dan berintegriti melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dengan segera," katanya.

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.