Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERCATURAN POLITIK MENUJU BN TERUS BERKUASA


PANDAI BERCAKAP DAN MENGGERTAK TIDAK MEMBANTU PKR SEBAGAI SEBUAH PARTI YANG KUAT, SEBENARNYA KEKUATAN PKR ADALAH KERANA UJUDNYA KERJASAMA DENGAN PAS, NAMUN APABILA PKR SUDAH MENOLAK BEKERJASAMA PADA DUA PILIHANRAYA KECIL SG: BESAR DAN K.KANGSAR MAKA KEKUATAN PKR SEBENARNYA TELAH TERHAKIS, BETUL KATA PENGANALISIS POLITIK DIBAWAH YANG PKR AKAN BUNGKUS JIKA DIADAKAN PILIHANRAYA P.PINANG 
 
PARTI PKR HANYA MENGHARAPKAN KEPADA PAS, ITULAH SUATU RIYALITI, GUAN ENG MEMANG NAK SURUH PKR BERSETUJU DIADAKAN PILIHANRAYA MENGEJUT, KERANA DIA MAHU MENAIKKAN PAN UNTUK MENGGANTIKAN PKR NAMUN  PKR MUNGKIN CEPAT MENYEDARI TEKTIK DAP INI, WALAU APAPUN KITA TUNGGU APA KEPUTUSAN PKR - Pak Karamu
 
 
Penganalisis jangka PRN akan gugut PKR
Lim Guan Eng
Guan Eng

ALOR SETAR – Kerjaya politik wakil rakyat PKR akan terbunuh sekiranya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng nekad meneruskan rancangan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, ia kerana kerusi yang ditandingi PKR adalah kerusi yang akan tergugat jika berlaku perpecahan undi pembangkang antara Pas dan Pakatan Harapan  (Pakatan).

“Motif utama PRN Pulau Pinang hendak diadakan adalah bagi membolehkan DAP mentadbir Pulau Pinang secara mutlak tanpa perlu adanya wakil rakyat dan Exco PKR mahupun Parti Amanah Negara (Amanah) dalam kerajaan. Itu menandakan bahawa seolah DAP mahu berkuasa penuh dengan mutlak di negeri itu.

“PKR harus risau dengan perkembangan terkini politik Guan Eng ini yang dilihat mampu menghakis peranan politik PKR dalam kerajaan negeri itu. Mungkin 19 kerusi DAP sedia ada akan terselamat, tapi 10 kerusi PKR dan 1 kerusi milik wakil rakyat yang pro-pembangkang akan tergugat,” katanya.

Menurutnya, sekiranya PRN Pulau Pinang diadakan dan Pas meletakkan calon bertanding di semua kerusi, maka peluang PKR untuk tewas di semua kawasan adalah besar.

“Kerusi Umno dan BN mungkin akan bertambah antara 16 ke 19 kerusi, DAP pula akan kekal dengan 19 kerusi. Ia akan membunuh ramai pemimpin dan wakil rakyat PKR di Pulau Pinang.

“Dun Permatang Pasir yang dimenangi Pas pada sebelum ini pula pasti akan dimenangi BN, ditambah 10  kerusi BN sedia ada. Menjadikan 21 dari 40 kerusi Dun kemungkinan boleh dikuasai BN,” katanya.

Katanya, PRN Pulau Pinang itu sepatutnya disegerakan supaya ia membolehkan DAP kembali memainkan peranan kuat selama ini sebagai pembangkang utama di negeri itu.

Mengulas mengenai penegasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meletakkan calon di semua kerusi Dun Pulau Pinang, beliau menyifatkan ia tindakan sebagai sebuah parti Islam yang kini kembali bermaruah.

“Sikap Abdul Hadi ini jelas  mungkin disebabkan tindakan biadab beberapa pemimpin DAP sebelum ini yang mengeluarkan pelbagai kenyataan yang seolah mempersendakan dan memperkecilkan Abdul Hadi dan Pas.

“Jika Pas bersendirian, mereka tidak mungkin diterima pengundi Cina di Pulau Pinang. Tetapi secara tersirat, Abdul Hadi mahu menghantar mesej politik kepada DAP bahawa parti itu walaupun tidak menang tetap mampu juga membantutkan peluang kemenangan pada Pakatan,” katanya.

Jelasnya, ketegasan Abdul Hadi untuk meletakkan calon di semua kerusi Dun adalah mahu menyedarkan Pakatan , khususnya DAP bahawa undi orang Pas juga banyak berjasa membantu PR menjadi kuat dan menawan beberapa negeri.

“Lihat sahaja apa yang berlaku di PRN Sarawak dan dua PRK baru-baru ini, impak tindakan Pas meletakkan calon jelas mengurangkan undi terhadap  Pakatan. Ini terbukti bahawa peranan Pas itu sangat penting dan berkuasa dalam menentukan siapa menang dalam pilihan raya.

“Jika PRN Pulau Pinang berlaku, dengan peranan Pas yang mahu meletakkan calon di semua kerusi akan menyebabkan PKR hilang beberapa kerusi dan dominasi DAP akan kukuh memerintah Pulau Pinang,” katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan Pas bekerjasama  dengan Umno, beliau akui perkara itu tidak mungkin berlaku.

“Kedua-dua parti ini adalah parti yang saling berbeza objektif dan pendekatannya. Oleh itu, Pas tidak perlu bersama sesiapa pun," katanya.

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.