Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PENGALAMAN DI TURKI


Pelajar Malaysia kongsi pengalaman di Turki
Pelajar Malaysia kongsi pengalaman di Turki
Pelajar Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Najwa Syahirah, 21, menceritakan detik-detik cemas sewaktu rampasan kuasa tentera di Turki setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Istanbul hari ini. - Foto Bernama

SEPANG - Setelah melalui detik mengerikan semasa berlaku cubaan merampas kuasa di Turki baru-baru ini, seorang pelajar Malaysia berkata kini dia berasa seperti mendapat peluang untuk hidup bagi kali kedua.

Najwa Syahirah Safian, 21, yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini hari ini, berkata, dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan, tetapi pengalaman ngeri yang dihadapinya akan kekal di ingatan untuk selama-lamanya.    

Ketika berkongsi pengalaman yang ditempuhinya, pelajar tahun tiga jurusan farmasi Cyberjaya University College of Medical Science itu berkata, dia berada di Besiktas, Istanbul, Jumaat lepas ketika sebahagian anggota tentera melancarkan cubaan merampas kuasa.
    
"Saya sedang tidur seorang diri di bilik asrama apabila tiba-tiba saya terjaga kerana mendengar bunyi tembakan senjata api bertalu-talu. Saya melihat ke luar tingkap dan terkejut apabila mendapati beberapa helikopter berlegar-legar di udara. Saya berpendapat tentu ada perkara luar biasa sedang berlaku.    

"Saya mula menjerit meminta tolong. Beberapa rakan saya berbangsa Turki menenangkan saya dan kemudian kami segera berlari ke bahagian bawah bangunan asrama...Kami bersembunyi di situ selama hampir tujuh jam dalam keadaan takut dan bimbangkan tentang nyawa kami.   

"Terlintas di fikiran, mungkin ajal saya akan tiba. Saya terus menerus berdoa dan membaca ayat-ayat suci al-Quran sambil berharap segalanya akan kembali seperti biasa," katanya.   

Najwa berkata, dia tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku sehinggalah seorang kawannya memberitahu bahawa berlaku cubaan merampas kuasa daripada kerajaan.

Kata pelajar itu, dia tidak dapat menghubungi bapanya untuk memberitahu keadaan yang dihadapi dan di mana dia berada kerana semua kemudahan telekomunikasi terputus.  
  
Pada hari berikutnya, (pagi Sabtu), iaitu apabila keadaan semakin tenang, pihak asrama menasihatinya pergi ke Pazateke, tempat yang banyak didiami pelajar Malaysia.     

Setelah menempuh perjalanan dengan tram selama 40 minit, Najwa dan sekumpulan rakannya yang berbangsa Turki, tiba di Pazateke dan dia segera menghubungi bapanya, manakala petugas Wisma Putra kemudian segera mengatur perjalanan pulangnya ke tanah air.    

Najwa ke Istanbul pada 10 Julai sebagai peserta Program Pertukaran Pelajar Persatuan Farmasi Malaysia yang dijadualkan berlangsung dari 11 hingga 24 Julai.

Program itu tidak dapat diteruskan berikutan keadaan keselamatan yang masih tidak menentu.   

Bapa Najwa, Safian Abd Rassid, 56, pensyarah di sebuah maktab perguruan di Seremban, kelihatan ceria dan lega ketika menyambut ketibaan anaknya di KLIA.

Menurut laporan media, kerajaan Turki mengumumkan pada Sabu bahawa ia berjaya mematahkan cubaan tentera untuk merampas kuasa bagi menggulingkan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Wisma Putra berkata 260 rakyat Malaysia, termasuk 180 pelajar, yang berada 0di Turki, adalah selamat. - Bernama

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.