Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA MASALAH MAHFUZ ?

Mahfuz kesal tindakan Pemuda Umno lapor polis
Mahfuz Omar
Mahfuz Omar

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar melahirkan rasa kesal terhadap tindakan Naib ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun memfailkan laporan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abd Gani Patail.

Katanya, tuduhan terhadap ketiga mereka didakwa menjual dokumen maklumat siasatan dan kepada Amerika Syarikat termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI) tidak masuk akal kerana mereka telah banyak berjasa dan mencurah bakti pada negara.

“Saya terkejut dengan laporan yang dibuat ke atas ketiga-tiga mereka. Mereka ini telah banyak berjasa, menyumbang untuk mengangkat martabat negara dari sudut ekonomi dan kewangan, perundangan dan memerangi rasuah.

“Mereka ini pegawai serta kakitangan kerajaan jujur,ikhlas dan berintegriti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pemuda Umno semalam membuat laporan polis terhadap tiga individu atas dakwaan cuba menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Naib ketua sayap Umno itu, Khairul Azwan Harun membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis  Daerah Dang Wangi terhadap Zeti, Abdul Gani dan Abu Kassim.

Mahfuz dalam pada itu juga menganggap  tuduhan terhadap Zeti, Abd Gani dan Abu Kassim sebagai serangan dan ugutan politik terhadap pegawai dan kakitangan kerajaan seluruhnya.

“Tuduhan Pemuda Umno dan Umno yang Abu Kassim,Zeti dan Gani sebagai berkomplot dengan Amerika Syarikat untuk menggulingkan Najb dan kerajaan sebenarnya adalah satu pengisytiharan perang terhadap pegawai dan kakitangan kerajaan.

“Kepada Abu Kassim, Zeti dan Gani, semoga tabah menghadapi cabaran di penghujung usia. Saya percaya apa yang anda lakukan didorong oleh keberanian dan kebenaran,” katanya lagi.

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.