Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Perangai hasad dengki Umno Pasir Salak

+2
0
  
Oleh: MSK

Kadang-kadang aku rasa kecik hati bila bersembang dengan kawan-kawan yang bukan Melayu. Masing-masing ingat, sebagai orang Melayu, kita dapat semua keistimewaan. Apa yang kita hendak semua dapat.

Malah ini jugalah yang dimain dan dipolitikkan oleh Umno. “Kita mesti pertahankan hak Melayu!”. “Kalau tak ada Umno, sapa nak jaga Melayu?” Pirrahh!!

Mediaperak telah pun mendedahkan bagaimana tanah yang dipohon dan diusahakan oleh orang Melayu miskin yang duduk dikampung dirampas oleh Umno dan diberikan kepada jutawan Cina di Kg. Redag Sawa, Kota Bharu, Gopeng. Orang kampung yang memohon dua ekar untuk satu keluarga..mengeluarkan wang sendiri untuk mengusahakan tanah tersebut…tiba-tiba Umno dengan senang memberikan tanah tersebut kepada Datuk Poh. (Disini)

Mediaperak juga mendedahkan bagaimana pewartaan tanah perkuburan Islam di Sungai Terap, Batu Gajah ditarik balik. Kita tunggu nanti siapakah yang akan mendapat tanah tersebut. (Disini)

Hari ini, Mediaperak mendedahkan satu lagi kes yang berlaku di Kampung Gajah tentang apakah benar Umno membela bangsa Melayu?

Pada tahun 2010, Kementerian Asas Tani telah melancarkan satu program yang dinamakan Program Azam Tani. Sebanyak 40juta ringgit telah diperuntukkan untuk program ini yang bertujuan untuk membantu petani-petani miskin diluarbandar.

Di bawah projek ini, MOA akan memberikan bantuan berbentuk projek peningkatan ekonomi bernilai maksima RM10,000 hingga RM15,000 bagi setiap peserta dari senarai eKasih yang terdiri dari golongan miskin tegar dan miskin.

Bagi Daerah Kampung Gajah, Perak..seramai 80 orang telah disenaraipendekkan untuk menerima bantuan melalui program ini. Satu majlis penyerahan geran peruntukan Program Azam Tani ini telah pun ditetapkan pada 30 Mac 2012 yang lalu yang dirasmikan oleh Tajuddin Abdul Rahman, ahli Parlimen Pasir Salak.


Pemilihan penerima-penerima dibuat oleh Pejabat Penghulu dengan kerjasama Jabatan Pertanian dan para pemohon dinilai mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Akhirnya, seramai 80 orang telah dipilih dan pada 30 Mac lalu, mereka-mereka ini telah menerima geran Peruntukan dari Tajuddin Abdul Rahman.

Geran yang diterima oleh salah seorang penerima.

Tapi malangnya, disebabkan oleh perangai hasad dengki yang sedia tertanam dalam pemimpin Umno, seorang Ketua Kampung yang juga Ketua Cawangan Umno telah membuat bantahan kepada Menteri Pertanian dan Asas Tani dan mendesak supaya bantuan yang sepatutnya diterima oleh orang-orang dikampungnya dibatalkan atas alasan mereka ini menyokong pembangkang.

Adakah peruntukan yang disediakan untuk program ini datang dari duit kerajaan atau dari duit Umno? Apakah hanya ahli Umno saja yang boleh mendapat kemudahan kerajaan? Dimanakah slogan yang dikatakan membela orang Melyu yang dilaungkan oleh Umno? Apakah hanya Melayu Umno saja yang layak untuk mendapat kemudahan kerajaan, manakala yang bukan Umno dianggap warganegara kelas kedua?

Dibawah adalah surat bantahan yang dihantar oleh Ketua Kampung Selat Pulau yang juga Ketua Cawangan Umno yang membantah bantuan yang diberikan terhadap 7 orang yang dikatakan anggota parti pembangkang.




Ketua Cawangan merasakan bahawa dengan memberikan bantuan kepada penyokong pembangkang, Umno akan hilang undi dalam PRU 13 akan datang. Inilah standard pemikiran seorang Ketua Cawangan Umno.

Ketua Cawangan juga menyalahkan Penghulu yang memberikan bantuan tersebut dan mempertikaikan dimanakan kiblat politik Penghulu tersebut sedangkan setiap permohonan dinilai berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Pemilihan yang dibuat oleh Penghulu telah mendapat sokongan dari Pegawai Pertanian Daerah dan permohonan tersebut diluluskan.

Bantahan yang dibuat oleh Ketua Cawangan tersebut turut disokong oleh semua AJK Umno Cawangan. Tidak menghairankan kalau semua AJK menyokong bantahan tersebut sebab kalau Ketua Cawangan sendiri bertindak macam orang tak ada akal…inikan pula AJK mereka.

Selepas dua bulan penduduk-penduduk Kg. Selat Pulau yang mendapat geran peruntukan itu menunggu, mereka akhirnya diberitahu oleh Pegawai Pertanian Daerah bahawa mereka tidak layak mendapat peruntukan. Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan mereka sendiri sudah menerima geran tersebut?

Apa yang jelas, bantahan yang dibuat oleh Ketua Cawangan Umno itu diterima dan dipersetujui oleh Menteri Asas Tani…Noh Omar. Bagaimana seorang Menteri juga boleh mempunyai pemikiran seperti Ketua Cawangan? Bagaimana pula dengan Ahli Parlimen? Ahli Dewan Undangan Negeri?

Semua pemimpin Umno…baik dari peringkat Ketua Cawangan hinggalah Menteri, bertindak seperti orang yang tidak waras. Setiap hari mereka melaungkan hidup Melayu, tetapi Melayu akan tetap miskin dan terbiar kalau mereka bukan ahli Umno.

Umno setiap hari menyalak tentang Hak Istimewa orang Melayu, tapi setiap hari juga, ada saja kes-kes yang menindas masyarakat Melayu yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno.

Semasa Pakatan Rakyat memerintah, setiap hari Umno menjerit bahawa Pas dan PKR menjual tanah Melayu kepada Cina. Tapi apabila Umno memerintah, boleh dikatakan setiap hari ada saja orang Melayu yang mengadu tanah dan hak mereka dirampas untuk diberikan kepada tauke-tauke Cina.

Umno membela bangsa Melayu? Shhhiittt!!
Pengakuan yang dibuat oleh dua daripada tujuh penerima yang di batalkan geran mereka.
Kongsi Artikel ini:-


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/06/25/perangai-hasad-dengki-umno-pasir-salak/

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.