Panas!!! Isu Hubungan Engku Emran Dengan Erra Fazira: Engku Emran Terpaksa Bersumpah... Jom Terjah!!!
Setelah mendiamkan diri selama ini, Engku Emran menerusi Harian Metro, hari ini menamatkan spekulasi orang ramai tentang rumah tangganya dengan Erra Fazira. Pasti ramai peminat Erra yang akan gembira mendengar penjelasan daripada Engku Emran yang hanya Erra isterinya seorang.
Berikut ialah penjelasan Engku Emran:-
Demi Allah, isteri saya hanya Erra seorang. Kalau betul saya kahwin lagi, mestilah sekarang sudah ada gambar-gambar upacara itu dikeluarkan di Internet. Saya pernah dengar pasal gosip ini sejak tahun lalu, tetapi saya anggap ia tidak serius dan sebahagian mainan dunia hiburan. Tetapi lama-kelamaan ia semakin besar dan saya ingin jelaskan yang gosip saya menduakan Erra sama sekali tidak betul. Yang penting Erra, keluarga saya, keluarga mentua tahu perkara sebenar. Dan untuk pengetahuan semua, saya dan Erra masih tinggal sebumbung dan tidur sekatil.
Diharap dengan penjelasan ini, segala gosip keretakan rumah tangga mereka berdua dapat dihentikan. Lebih baik kita doakan mereka mendapat seorang lagi cahaya mata untuk menambahkan kemeriahan rumah tangga. Engku Aleesya pun rasanya dah tiba masa untuk menjadi seorang kakak. Tak gitu?
0 orang berkata:
Post a Comment