Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Saturday, June 23, 2012

Siaran Langsung Ceramah Merdeka Rakyat di Bukit Gantang Malam Ini



Kenyataan Terbuka
23 Jun 2012

SEMUA HARUS FOKUS KEMERDEKAAN RAKYAT!

Pidato Perdana Merdeka Rakyat akan diteruskan dalam siri seterusnya pada malam ini (23 Jun 2012) dijadualkan bermula jam 8.30 malam di Taman Ria, Simpang Perak, di kawasan Parlimen Bukit Gantang. Taman Ria terletak lebih kurang 1 km di belakang Pejabat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Taman Damai.

Siri Merdeka Rakyat kali ini juga bersiaran secara langsung di saluran Ustream Merdeka-Rakyat. Setelah kejayaan membawakan siaran langsung Merdeka Rakyat di beberapa siri, termasuklah ketika menghadapi masalah kehilangan sebuah kamera video (rosak) akibat 'semangat merempuh' tatkala kehadiran Anwar Ibrahim di Setiawangsa, SAMM hadir dengan lebih bersedia untuk membawa siaran langsung di Bukit Gantang dengan kelengkapan yang lebih ideal.

Semoga malam ini satu dunia boleh menghayati amanat Anwar Ibrahim dan pimpinan dalam menghadapi PRU-13. Mereka ada TV123 Awani Astro, kita juga punya siaran langsung yang berkualiti cukup untuk memastikan tumbangnya kezaliman. Pautan siaran langsung di sini -http://www.ustream.tv/channel/merdeka-rakyat . Sebarang usaha untuk menayangkan siaran langsung ini melalui projektor ke layar besar amatlah digalakkan.

Kami di Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tetap komited untuk menjayakan siri Merdeka Rakyat kali ini sebagaimana komitednya DS Anwar Ibrahim menjelajah ke seluruh negara tanpa mengira penat lelah, walaupun gegak-gempita melanda Parti Keadilan Rakyat. Namun demi menyelamatkan negara ini, segala persengketaan dalaman bukan sahaja seharusnya diselesai secara bijak tetapi harus fokus menumbangkan musuh sebenar iaitu Umno dan Barisan Nasional.

Apa yang berlaku di Selangor sememangnya agak mengecewakan namun ia tidak mungkin menjadi halangan untuk program raksasa Merdeka Rakyat dijayakan dengan meriah. Merdeka Rakyat adalah suatu pesta untuk diraikan oleh marhein dan ia harus dihormati dengan masing-masing sedia untuk menamatkan perbalahan.

Kepada ahli politik yang terlibat secara langsung dalam persengketaan ini (jika ada persengketaan) uruskanlah perbedaan pendapat dengan bijaksana, lihatlah harapan rakyat untuk sebuah kelompok pemerintah yang boleh diharapkan, apatah lagi persediaan untuk menjadi parti pemerintah harus dipraktikkan demi menjamin keyakinan rakyat yang menaruh harapan.

Janganlah hanya kerana kepentingan peribadi menjadikan kita lupa dan alpa sehingga tergamak membenarkan diri ditunggang musuh yang akhirnya merugikan parti dan perjuangan. Ingatlah segala usaha dan pengorbanan, segala kuderat yang telah dihulur, segala ranjau berduri yang telah dilalui.

Hormatlah pengorbanan ini demi rakyat. Berlaku adillah di atas nama KeADILan, adil jugalah kepada semua penggerak dan organisasi massa (ormas) yang bertungkus-lumus merealisasikan sebuah negara rakyat dan akhir sekali, berlaku adil jugalah terhadap DS Anwar Ibrahim yang saban hari mengorbankan segalanya demi sebuah kemerdekaan sebenar - Kemerdekaan Rakyat!


EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda SAMM
www.anakmudamalaysia.com

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.