Relevankan Pas dalam realiti baru?
23 November 2012
SAYA pernah mengkritik Umno dalam tulisan saya sempena Perhimpunan
Agung Umno yang lepas dan sebelum. Ketika itu saya tetamu parti tersebut
di perhimpunan mereka. Orang Umno tidak menzahirkan kemarahan atas
kritikan itu.
Perasaan mereka, saya tidak tahu. Muktamar Pas baru sahaja berlalu. Kali ini saya ingin sedikit melontarkan persoalan untuk berkongsi dengan Pas. Maaf, bagi saya Pas merupakan parti politik yang agar sukar menerima teguran. Sekalipun tidak dinafikan ada juga pimpinan Pas yang bersikap terbuka.
Pemuda Pas merupakan sayap yang sepatutnya menggambarkan 'open-mindedness', tapi menzahirkan reaksi yang agak keras setiap kali menerima kritikan. Pembaca boleh membaca reaksi timbalan ketuanya dalam memberi pandangan balas terhadap saya ketika saya melontar pandangan agar jangan tiru pendekatan Taliban dan jangan wujudkan negara mullah.
Dalam wacana di Sinar baru-baru ini mengenai ulama dan pemerintah, banyak kritikan saya tertumpu kepada Umno, tetapi pihak Pemuda Pas yang begitu melenting hanya kerana pandangan sepintas lalu agar Pas jangan nanti membentuk negara mullah.
Umno tidak sangat melantah. Saya mula risau tentang masa depan hak bersuara rakyat terhadap kerajaan jika Pas direzekikan ALLAH menguasai Putrajaya. Apakah pendekatan Ummno sebelum PRU-12 akan dihidupkan semula? Atau lebih parah, atas nama Tuhan rakyat dilarang berbicara? Harapnya tidak begitu.
Berubah
Perasaan mereka, saya tidak tahu. Muktamar Pas baru sahaja berlalu. Kali ini saya ingin sedikit melontarkan persoalan untuk berkongsi dengan Pas. Maaf, bagi saya Pas merupakan parti politik yang agar sukar menerima teguran. Sekalipun tidak dinafikan ada juga pimpinan Pas yang bersikap terbuka.
Pemuda Pas merupakan sayap yang sepatutnya menggambarkan 'open-mindedness', tapi menzahirkan reaksi yang agak keras setiap kali menerima kritikan. Pembaca boleh membaca reaksi timbalan ketuanya dalam memberi pandangan balas terhadap saya ketika saya melontar pandangan agar jangan tiru pendekatan Taliban dan jangan wujudkan negara mullah.
Dalam wacana di Sinar baru-baru ini mengenai ulama dan pemerintah, banyak kritikan saya tertumpu kepada Umno, tetapi pihak Pemuda Pas yang begitu melenting hanya kerana pandangan sepintas lalu agar Pas jangan nanti membentuk negara mullah.
Umno tidak sangat melantah. Saya mula risau tentang masa depan hak bersuara rakyat terhadap kerajaan jika Pas direzekikan ALLAH menguasai Putrajaya. Apakah pendekatan Ummno sebelum PRU-12 akan dihidupkan semula? Atau lebih parah, atas nama Tuhan rakyat dilarang berbicara? Harapnya tidak begitu.
Berubah
Gerakan Islam di seluruh dunia terpaksa akur bahawa mereka perlu
berubah jika ingin memastikan mereka terus relevan. Bukan sahaja
gerakan Islam, bahkan apa sahaja gerakan dalam dunia ini terpaksa akur
bahawa cuaca baru yang sedang dihayati oleh umat manusia memerlukan satu
kerangka baru dalam pemikiran dan perlaksanaan.
Politik adalah satu bidang yang membabitkan persoalan menguruskan
manusia. Manusia itu terdedah kepada pengaruh tempat dan masa. Budaya
dan cara berubah disebabkan persekitaran yang berbeza. Sudah tentu,
iklim politik pada zaman Nabi s.a.w dan al-Khulafa al-Rasyidin tidak
sama dengan zaman selepasnya.
Sudah pasti budaya dan cara politik pada zaman Umawiyyah dan
‘Abbasiyyah tidak sama dengan yang selepas itu. Demikian politik dalam
era ‘nation states’ tidak sama dengan era empayar sebelum itu.
Globalisasi dan era ledakan maklumat telah mencetuskan pelbagai fenomena baru dalam kehidupan manusia.
Sesiapa yang cuba melaksanakan secara literal ataupun mengadaptasikan
sepenuhnya teks politik zaman lampau ke zaman kini, maka dia seorang
yang naïf dan dangkal dalam memahami tabiat politik (naturalness of
politics) , sekaligus rasional dan tabiat Islam (naturalness of Islam)
itu sendiri.
Retorik
Retorik
Semasa awal kebangkitan Islam, gerakan Islam khususnya yang banyak
bercakap tentang politik banyak melaungkan slogan-slogan yang belum
diuji keberkesanannya.
Sebahagian slogan itu didokong oleh sebahagian mereka dengan penuh 'dogmatic' dan 'rhetoric'.
Padahal, sebahagian besarnya hanyalah ijtihad ataupun tafsiran yang
dibuat dengan pengaruh tertentu. Sedangkan Islam lebih luas dan terbuka
dibandingkan dogma dan retorik tersebut.
Kesempitan beberapa pegangan mereka khususnya apa yang dikaitkan dengan
teori ‘daulah Islamiyyah’ ataupun ‘Islamic State’ telah menghalang
mereka maju ke hadapan. Slogan mereka menakutkan sebahagian rakyat.
Islam yang menjadi agama rahmat, diungkap dan dilaungkan secara yang
menggusarkan.
Fokus terhadap menghukum rakyat dengan ‘hukuman syariah’ lebih banyak
dari bicara tentang memberikan 'service' dan hak-hak rakyat yang dibela
oleh syariah.
Pendekatan sebahagian slogan Islam itu seakan ingin menjadikan rakyat ‘robot patuh shariah’ bukan sebagai manusia merdeka yang taat kepada Tuhan dengan penuh pilihan.
Nilai Semula Setelah melalui beberapa pengalaman, akhirnya banyak gerakan Islam mula menilai semula. Dalam kalangan mereka mula memperkatakan tentang ijtihad-ijtihad baru mengenai politik. Mereka juga mula membahaskan betapa perlunya memahami teks dalam kerangka konteks.
Pendekatan sebahagian slogan Islam itu seakan ingin menjadikan rakyat ‘robot patuh shariah’ bukan sebagai manusia merdeka yang taat kepada Tuhan dengan penuh pilihan.
Nilai Semula Setelah melalui beberapa pengalaman, akhirnya banyak gerakan Islam mula menilai semula. Dalam kalangan mereka mula memperkatakan tentang ijtihad-ijtihad baru mengenai politik. Mereka juga mula membahaskan betapa perlunya memahami teks dalam kerangka konteks.
Mula sedar betapa politik terdedah kepada perubahan. Islam hanya
menetapkan dasar-dasar umum. Derita Dunia Muslim bukan kerana soal tiada
hudud ataupun pemimpin tidak berserban, tetapi derita Dunia Muslim
disebabkan 'bad governance', rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah dan
lain-lain penyakit yang men’jahanam’kan negara.
Memalukan Dunia Muslim dibandingkan Barat yang sering mereka kutuk.
Jika dilihat di sudut Islam agama yang mempentingkan kebersihan dan
peraturan pun, malang sekali negara-negara umat Islam kebanyakan kotor,
pengurusan yang buruk dan segala kemunduran hidup.
Sedangkan Barat yang meninggalkan agama itu jauh lebih bersih, kemas pengurusan mereka dan maju. Islam tidak salah, tetapi umatnya bersalah kerana meninggalkan ajaran Islam dalam hal-hal berkenaan.
Sedangkan Barat yang meninggalkan agama itu jauh lebih bersih, kemas pengurusan mereka dan maju. Islam tidak salah, tetapi umatnya bersalah kerana meninggalkan ajaran Islam dalam hal-hal berkenaan.
Datang gerakan Islam pulak memberikan fokus yang tidak menggambarkan
sifat Islam yang memberikan 'service' kepada kemaslahatan manusia. Maka,
perubahan ataupun tajdid dalam gerakan Islam itu amat diperlukan.
Rakyat muslim mula muak dengan pemerintah-pemerintah mereka yang ada. Rasuah, salah guna kuasa, memerah harta negara dan kezaliman menghiasi politik Dunia Muslim. Rakyat membenci pemerintah mereka sekian lama.
Era teknologi telah membuka peluang besar untuk kebangkitan yang lebih berkesan. Kombinasi antara teknologi dan hasrat perubahan politik menampakkan hasilnya. ‘Arab Spring’ menjadi bukti bahawa era baru mampu melakar politik gaya baru.
Rakyat muslim mula muak dengan pemerintah-pemerintah mereka yang ada. Rasuah, salah guna kuasa, memerah harta negara dan kezaliman menghiasi politik Dunia Muslim. Rakyat membenci pemerintah mereka sekian lama.
Era teknologi telah membuka peluang besar untuk kebangkitan yang lebih berkesan. Kombinasi antara teknologi dan hasrat perubahan politik menampakkan hasilnya. ‘Arab Spring’ menjadi bukti bahawa era baru mampu melakar politik gaya baru.
Siapakah yang akan menjadi harapan rakyat?
Gerakan Islam yang terlibat dengan politik cuba tampil ke hadapan
sebagai satu alternatif baru. Persoalannya, apakah yang rakyat mahukan?
Apakah mereka mahu keluar dari cengkaman golongan 'secularist' kepada
cengkaman golongan mullah (clerics)?
Apakah mereka mahu kerakusan kuasa atas nama dunia ditukar kerakusan
kuasa atas nama Tuhan dan agama? Sudah tentu tidak! Mereka mahukan hak,
keadilan dan kenikmatan hidup sebagai insan yang bermaruah dan merdeka.
Mereka sudah rimas dengan cengkaman penguasa. Islam yang rahmat
diharapkan dapat menawarkan khidmat yang mereka idamkan. Mereka ingin
melihat orang yang miskin dan melarat diberikan makan.
Bandar yang kotor menjadi bersih. Pengurusan yang buruk menjadi
terurus. Rakyat diberikan ilmu dan pendidikan. Harta negara dibahagi
secara adil dan kerajaan diurus dengan penuh amanah.
Mereka bukan bermimpi untuk melihat tangan rakyat dipotong, ataupun
wanita direjam dengan batu, ataupun wanita dipukul kerana tidak
bertudung dan seterusnya. Itu bukan mimpi mereka. Itu juga bukan mimpi
Islam yang penuh rahmat ini. Mereka mengharapkan gerakan Islam
menghilangkan sengsara mereka, bukan sekadar untuk menghukum mereka.
Mendapat Tempat
Mendapat Tempat
Atas kesedaran tentang hakikat politik Islami dan memahami tabiat baru
dunia kini, banyak gerakan Islam mula membuat pendekatan baru.
Slogan-slogan yang menakutkan telah cuba ditinggalkan.
Pendekatan ‘haram’, haram, haram mula ditukarkan dengan mencari dan memberi alternative halal yang lebih baik kepada rakyat.
Slogan-slogan Islam yang lebih memberikan harapan mula dilaungkan.
Mereka mula memberikan khidmat kepada rakyat. Menambat hati mereka
dengan janji yang selaras dengan cita dan cinta rakyat. Al-Ikhwan
al-Muslimin juga mencari pendekatan baru di Mesir.
Demikian al-Nahdah di Tunisia. Turki dilihat mengepalai hal ini.
Walaupun kerajaan Turki berasaskan secularism, tapi tokoh-tokoh Islam
Turki tidak menjerit perlembagaan kufur atau ingin menghapuskan
perlembagaan, sebaliknya bekerja dalam kerangka yang ada.
Ini sama dengan apa yang dibuat oleh Ashamah, Najashi di Habshah yang
mengepalai negaranya yang Kristian. Dia menganut Islam secara senyap dan
berhubungan dengan Nabi s.a.w melalui utusan dan surat menyurat. Nabi
s.a.w tidak pernah menyuruhnya meletakkan jawatan, sebaliknya dia
bekerja dalam kerangka yang ada dan termampu.
Maka, pemikiran tajdid dalam memahami realiti baru amat diperlukan oleh Pas. Usahanya itu adalah bagi membolehkan Pas terus relevan dan mencapai
maqasid politik yang dikehendaki oleh syarak. Usaha seperti ini amatlah
penting, walaupun biasanya ia akan dikritik oleh penganut dogma lama.
Pas itu sendiri hari ini hakikatnya telah cuba berubah dalam menangani
persekitaran yang ada. Apakah Pas akan berjaya menawar khidmat islami
yang relevan dengan kemanusiaan hari ini?
- Syed Munir · Top CommenterTerima kasih Dr Asri.
Saya sgt tertarik dan bersetuju dgn pendapat Dr Asri, terutamanya berikut:
>>> Pas merupakan parti politik yang agar sukar menerima teguran. Sekalipun tidak dinafikan ada juga pimpinan Pas yang bersikap terbuka.
>>> Pemuda Pas merupakan sayap yang sepatutnya menggambarkan 'open-mindedness', tapi menzahirkan reaksi yang agak keras setiap kali menerima kritikan.
>>> Pendekatan sebahagian slogan Islam itu seakan ingin menjadikan rakyat ‘robot patuh shariah’ bukan sebagai manusia merdeka yang taat kepada Tuhan dengan penuh pilihan.
>>> Derita Dunia Muslim bukan kerana soal tiada hudud ataupun pemimpin tidak berserban, tetapi derita Dunia Muslim disebabkan 'bad governance', rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah dan lain-lain penyakit yang men’jahanam’kan negara.
>>> Memalukan Dunia Muslim dibandingkan Barat yang sering mereka kutuk. Jika dilihat di sudut Islam agama yang mempentingkan kebersihan dan peraturan pun, malang sekali negara-negara umat Islam kebanyakan kotor, pengurusan yang buruk dan segala kemunduran hidup.
>>>Sedangkan Barat yang meninggalkan agama itu jauh lebih bersih, kemas pengurusan mereka dan maju. Islam tidak salah, tetapi umatnya bersalah kerana meninggalkan ajaran Islam dalam hal-hal berkenaan.- Jue Inna · Top Commenter · Shah Alam, Malaysiapetikan - Memalukan Dunia Muslim dibandingkan Barat yang sering mereka kutuk. Jika dilihat di sudut Islam agama yang mempentingkan kebersihan dan peraturan pun, malang sekali negara-negara umat Islam kebanyakan kotor, pengurusan yang buruk dan segala kemunduran hidup.
betol tu.. kita nama saja islam, tp cara hidup islam kita tak ikut.. kata orang kalau nak pergi negara yang mengamalkan islam , pergilah jepun walaupun mereka bukan islam. fikirkan dan renung-renungkan.
- Subeli Ahmad · Top Commenter · Johore Bahru, Johor, MalaysiaParti yg mengunakan ugama sebagai gula gula..cukup bahaya..macamlah ahli ahli pas yg tak tau mengaji ouran pun ada..tapi lagak macam tau ugama..ha..ha..
Manusia serba kekurangan.
Pati PAS tidak boleh ditegur..
Berdosa kata nya- ~lu sembang nanti wa sengat ! ~aq sokong ni .. ade tu cume sibuk nk tmbh bini je .. isk3 .. tgk la ni http://bit.ly/TfbfSW :) tq
- KY Jelly · Top Commenterpenyokong pas dan pemimpin pas mahupon rakyat malaysia akan marah jikalau amno/bn tidak jujur, tetapi apa yg terjadi jika dari pihak mereka sperti DAP/PKR tidak berkata benar,,, islam ke pas atau hanya sekadar melayu?
- Muhammad Norhafiz Hashim · Top CommenterInsyaAllah, dengan Ilmuan Islam makin berkembang di Malaysia, saya memohon semua cerdik pandai Islam bersatu dibawah satu parti Islam, PAS... InsyaAllah, apa yg DR MAZA harapkan pada PAS tentu sekali PAS diterajui Alim Ulama akan menawarkan khidmat Islami 'TERBAIK' Dengan Izin Allah yg pastinya 'releven' dgn kemanusiaan hari ini... Mohon Dr MAZA berdoa agar kejayaan Pemimpin2 Islam kita bersatu hati dan pendapat bagi membawa kita umat Islam ke arah yang lebih baik sejajar yg dikehendaki oleh Syarak... InsyaAllah, kita umat Islam sentiasa BERILMU... Amin...
- Syed Munir · Top CommenterTuan/Puan Editor Sinar, tajuk atau headline ni tersalah taip ker apa? Relevankah atau relevankan? Yg mana satu? Kalau 'relevankan' sepatutnya tidak ada tanda soal atau question mark... tapi jika difikirka pulak..dua2 pun betul... kalau relevankah? jawapan aku 'tak relevan'.
Kalau 'Relevankan', jwb aku yer... PAS patut relevankan dirinya dalam realiti baru. - Lazim Daud · SemsasNak jawap soalan dari tajuk artikel. Ya, sangat relaven. Sungguhpun PAS nampak seperti sukar menerima kritikan dan nampak kuat berkokok, tapi tetap ada muzakarahnya. UMNO (BN) yang nampak senyap, adakah menerima kritikan? Umpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. Yang umum tahu, sudah banyak kejelekan yang sudah diperlaku..
- Pok Nuss · Top Commenter · Kuala Terengganuumno nak melatah ngan kritikan dato? umno mana reti bab agama..dato' ulas panjang2 pun dia org buat derrkk jer..
Pas lain...mereka pandai menilai mana kritik untuk membaiki kelemahan dan mana kritik nak memburuk-burukan, mana yg boleh diterima dan mana yg harus ditentang.....bukan semua betul pun kritikan dato' tu.....ke guaner..- Syed Munir · Top Commenter
- Command Oficer Pgr · Top Commenter · Commander Officer at Jabatan Kerajaan
- Muhammad Izzhan Hamzah · Top Commenter · UniKL Malaysia France Institutepencacai pembangkang memang xleh terima kritikan..xkan mengaku kesalahan sendiri..dan xnak akui kelemehan diri sendiri..sebab tu dorg xdpt trima knyataan bile org ckp die salah...sesiapa shja yg ckp dorg salah dan mngutuk dorg mesti akan dipulaukan walaupun bende betul..kolot dan sempit nye pemikiran..perjuangkan Islam kunun..kesalahan dan kelemahan diri sendiri pn xleh nk terima ada hati nak perjuangkan Islam
- Nik Azizee Abdullah · Top Commenter · Universiti Teknologi Mara, Shah Alam
- Aziz Abdul · Top Commentercontoh tokoh agama yang berpendirian, tegur mana yang tidak kena tak kira apa aliran. syabas Dr. asri.
- ~lu sembang nanti wa sengat ! ~hrp mcm tu la ustaz asri ni .. huh .. tgk la ni http://bit.ly/TfbfSW :) tq
- Command Oficer Pgr · Top Commenter · Commander Officer at Jabatan KerajaanMacamanapun pas lebih baik Dari bn
- Eipull's Aipull's Zaipull's · Top Commenter · SMVTAAUMNO TIDAK MELATAH KERANA MEREKA MENYEMBUNYIKAN NAFSU UTK MURTAD KAN DIRI SECARA BERAMAI-RAMAI, DOSA-DOSA MEREKA SANGAT BESAR KEPADA ALLAH S.W.T SEBILANGAN MEREKA MELAYU UMNO INI DI LAKNAT TERUS OELH ALLAH S.W.T TETAPI ORG MELAYU ISLAM YG MENDAHULUI IMAM-IMAM TERDAHULU PUNYAI ILMUAN ISLAM MEMBENARKAN MELAYU AGAR BERTERUSAN MENYELIMUT KEISLAMAN MEREKA DAN MENGHARAMKAN MEREKA DARI MURTAD KERANA DI LAHIRKAN SEBAGAI ISLAM. oleh itu, saya sarankan kamusemua yg punyai ilmuan islam yg bergelar uztad dan ulamak dan mufti agar membuka jalan yg luas utk mereka malyu UMNO ini supaya memurtadkan diri dari agama islam. AGAR SECARA TABI'I / SEMULAJADI KAUM MELAYU BEBAS DALAM PEMILIHAN AGAMA MEREKA AGAR MEREKA TIDAK MENJADI MUNAFIK TEGAR SEPERTI MHLUK MASIKH DAJJAL, JIN IFIRT DAN AZAZIL. Agama Islam tidak mengalakkan org islam di perhambakan ...See More
- Eipull's Aipull's Zaipull's · Top Commenter · SMVTAABismillah...HUKUM MEMURTADKAN KAUM MELAYU ADALAH HALAL, HUKUM MENGARAH ORG MUKMIN KEPADA MURTAD ADALAH HARAM DAN DI BUNUH. HUKUM ORG MUNAFIK DARI KALANGAN ORG ISLAM DAN KAFIR ADALAH BUNUH. maka bagaimana hendak mengenali org melayu yg di lahirkan islam ini adalah munafik ataupun mukmin? JAWAPAN NYA ADALAH PEMISAHAN DARI KEHENDAK NAFSU MEREKA IAITU MEMBENARKAN MEREKA MEMURTADKAN DIRI DARI ISLAM DAN DI BEBASKAN MEREKA DALAM SEGALA KEHIDUPAN YG MEREKA MAHU DAN DI BIARKAN MEREKA MATI SECARA SEMULAJADI SEPERTIMANA JANJI ALLAH S.W.T MEMATIKAN MAHLUK NYA YG DI LAKNAT DGN KIAMAT KRN ALLAH S.W.T SEBAIK-BAIK MENGHUKUM MAHLUK NYA. Dan org mukmin pula wajib jihad syahid menentang org islam dan org kafir munafik yg degil tidak mahu memurtadkan diri dgn menghukum mereka di bunuh tanpa belas kasihan dgn redha memperhambakan diri dgn ayat-ayat al-quran dan al-sunnah.
- Eipull's Aipull's Zaipull's · Top Commenter · SMVTAA
- Encik Gula Bersubsidi · Top Commenter · Works at Syarikat Gula Bersubsidipandangan yg bernas dari dr.asri...pemimpin Islam perlu berlapang dada menerima kritikan..trmasuk dari PAS...kita xboleh brsangka kita sudah sempurna sdgkn masih ada kelemahan yg perlu diprbetulkn dlm sesebuah gerakan islam..sy berharap PAS akan terus mnjadi gerakan Islam yg releven untuk mmbela Islam di Malaysia...Bersama Kepimpinan Ulama' =).
- Samao Oamas · Top Commenter · SEK MEN KHIR JOHARI SG SUMUNSaya kadang-kadang dah meluat dengan telatah PAS dan Pakatan Rakyat. Mereka menganggap diri mereka maksum dan orang lain semuanya tak betul. Sedarkah mereka bahawa anak-cucu Nabi Adam tidak sunyi dari melakukan kesilapan, Ulama-Ulamanya juga merasakan diri mereka itu mereka saja yang alim,
- Nik Azizee Abdullah · Top Commenter · Universiti Teknologi Mara, Shah Alam
- Muhammad Izzhan Hamzah · Top Commenter · UniKL Malaysia France Institute
- Zairul Akmal Mohd Jamil · Top Commenter · PPSP USMSaya nasihatkan tuan joinla gerakan islam pas, buat penambahbaikan dan teguran membina,,,jgn ckp aje tp xlaksana,,,,ckp semua org blh buat,,,sumbanglah keringat anda dlm perjuangan islam tu yg afdal
- ~lu sembang nanti wa sengat ! ~bagus la mcm ni ustaz. jika benar, kata benar, jika salah, kata salah.. jgn ikot sesetengah ustaz yg dipengaruhi politik... tgk la ni http://bit.ly/TfbfSW :) tq.
- Zaer Rihaz · Top Commenterjanganlah sama kan kepimpinan ulama pas dan taliban tu sama. kita ni melayu nusantara..tak lah sekeras ulama taliban tu...adoiya..
- Nik Azizee Abdullah · Top Commenter · Universiti Teknologi Mara, Shah Alamduduk laaa dalam jemaah...dok sembang lebih2 plakkk.
- Syed Munir · Top Commenter
- Nik Azizee Abdullah · Top Commenter · Universiti Teknologi Mara, Shah Alam
- Muhammad Izzhan Hamzah · Top Commenter · UniKL Malaysia France Institute
- Faiz Ramli · Top Commenter · Tukang² Akal at Ape² Ajer..tak boleh nak like ke berita ni.. kekeke :P
- Mohd Razi Ab Majid · Top Commenter · Sekolah keterehsaya setuju dgn Dr MAZA, tetapi apa yg saya nampat Pemimpin dunia Islam telah banyak dipengaruhi oleh budaya barat sehingga cara hidup Rasullah dikesampingkan dan soal hukum Allah dipersoalkan tanpa segan silu dan keseramataan ditonjolkan dengan cara yg keterlaluan seolah-olah Islam yg tertinggi sudah tidak ada lagi........
3 orang berkata:
omega watches for sale
michael kors handbags
mlb jerseys
michael kors handbags
skechers outlet
dolce and gabbana shoes
michael kors handbags
michael kors outlet
nike free
nike air force 1
2018323 leilei3915
ugg boots clearance
cheap nfl jerseys
lacoste clothing
fitflops sale clearance
polo ralph lauren
coach outlet
mont blanc outlet
kate spade handbags
mcm outlet
ralph lauren uk
jeje0614giuseppe zanotti sneakers
fitflops sale
true religion jeans
golden goose shoes
oakley sunglasses
coach outlet online
prada shoes
hermes belts
basket nike
Post a Comment