BERAPI LAGI!! SPR Terus "Diserang" Lagi : Kes Padam Lampu Benar2 Berlaku, ini Di Kedah la Pulak.. Jom Terjah!!!
8:05 PM
No comments
Pengarah
strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mendedahkan satu laporan polis bagi
membuktikan dakwaan bahawa kejadian lampu padam turut berlaku di satu
pusat pengundian di Kedah pada 5 Mei lalu.
Rafizi berkata laporan polis itu menunjukkan bahawa kejadian lampu padam itu berlaku di Sedim, Kedah ketika pengiraan sedang berjalan – dan berlangsung selama 15 minit.
Pusat pengundian itu terletak dalam kawasan parlimen Kulim Bandar Baru.
Ia merupakan kes yang kedua selepas PAS menimbulkan dakwaan berhubung kes serupa yang didakwa berlaku di kawasan DUN Seri Serdang.
Laporan itu dibuat oleh seorang ejen pusat pengudian PKR yang bertugas di sebuah sekolah di Sedim.
Ejen parti berkenaan mendakwa kes lampu padam itu hanya berlaku di sekolah berkenaan dan tidak melibatkan kawasan sekitar. -mk
- Greenboc

SPR keluarkan borang 10A,.sahkan kewujudan pengundi hantu
PETALING JAYA, 27 MEI: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, borang 10A telah dikeluarkan di Alor Setar, Kedah.mengesahkan kewujudan pengundi hantu.
Seorang pengundi, Lim Tiek Hong diserahkan borang 10A yang ditandatangani pegawaii SPR, Mohd Azahar Zakaria.
Menurut peraturan perjalanan pilihan raya 1981, Borang 10A adalah borang yang diserahkan kepada pengundi yang hilang kelayakan mengundi.
Lim yang sepatutnya mengundi di SK Peremba, Alor Setar pada 5 Mei lalu dinafikan hak kerana ada pihak telah mengundi bagi dirinya.
"Borang 10A hanya dikeluarkan atas empat sebab. Pertama pengundi enggan menunjukkan jari telunjuk untuk pastikan tidak ada kesan dakwat kekal. Kedua pengundi enggan telunjuknya ditandakan dakwat kekal," kata Rafizi.
"Ketiga, jari telunjuk telah ditandakan dakwat kekal tetapi tidak ada kertas undi yang dikeluarkan dengan namanya. Keempat, jari telunjuk tidak ada dakwat kekal, tetapi kertas undinya telah dikeluarkan.
"Ini yang dikenakan kepada Lim menyebabkannya hilang hak mengundi," kata Rafizi.
Tambahnya, jika Lim telah mengundi dan tiada kesan calit di jari, bermakna peraturan SPR berkaitan dakwat kekal adalah penipuan.
"Hari ini kita tuntut SPR jelaskan. Jika tiada masalah pengundi hantu, kenapa masih ada borang 10 A yang dikeluarkan?
"Kita minta (SPR) sahkan, berapa banyak borang 10A yang dikeluarkan di seluruh negara," soal Rafizi.
Katanya, SPR ada lebih sepuluh sumber untuk melakukan siasatan, namun mereka tidak menggunakannya dengan baik, malah memperlekehkan aduan rakyat.
"SPR patut malu kerana kegagalan mereka menyelesaikan aduan rakyat berkaitan kegagalan sistem mereka," kata Rafizi.
- Greenboc
0 orang berkata:
Post a Comment