Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Isnin, 27 Mei 2013

Anwar Tidak Lagi Layak Menjadi Pemimpin Dalam Pakatan.

Apabila timbul isu pertemuan gelap Anwar/Najib yang mana mantan naib presiden Indonesia, Yussuf Kalla sebagai saksi, Anwar sudah tidak layak untuk menjadi pemimpin Pakatan Rakyat. Semua blogger pemuja Anwar diam seribu bahasa tanpa mengeluarkan apa-apa ulasan atau kritikan berbanding serangan yang mereka lakukan terhadap Haji Hadi berkaitan UG.

Mereka menyerang pemimpin PAS dari semua penjuru dan ianya masih lagi kedengaran sebelum PRU13. Bukan itu sahaja, semuanya diungkit sampaikan kuliah agama di Selangor yang mana ustaz-ustaz dari Terengganu telah dituduh menuntup periuk nasi mereka dan 'Geng Terengganu' cukup senonim dengan UG. Betapa jahatnya mereka-mereka ini dan gua rasa Haji Hadi dianggap sebagai ketua musuh dalam selimut. Mereka sentiasa mencari kesalahan yang dilakukan oleh Haji Hadi dan Geng Terengganu supaya senang untk mereka menyerang. Lu ambil contoh kes Kota Damansara sudahlah, sampai sekarang diungkitkan dengan kritikan terbuka ketua AMK samsu haram yang menyerang Haji Hadi.

Sebenarnya mereka sudah mendrafkan artikel serangan untuk ditujukan kepada kepimpinan Haji Hadi di Terengganu jika PAS kalah. Perancangan jahat mereka telah digagalkan dengan Allah memberi kemenangan besar PAS Terengganu, maka artikel-artikel yang ditulis sebelum PRU13 terpaksa dibangkul sampahkan. Apakah serangan samsu haram terhadap Haji Hadi adalah untuk menutup pertemuan sulit Anwar/Najib.

Mereka tidak boleh memberi alasan yang pertemuan itu tidak melibatkan Pakatan sedangkan apa-apa perbincangan dengan Umno/BN mesti melibatkan PAS dan DAP. Kerana ia melibatkan perjalanan pilihan raya maka Anwat telah menikam PAS dan DAP. Bagaimana jika perkara ini dilakukan oleh pemimpin PAS, pasti mereka akan menyerang PAS 24 jam sehari sehinggakan ianya dijadikan ratib mereka.

Paling menduka citakan ialah ada pemimpin PAS yang bersekongkol dan mereka lebih mengutamakan PKR daripada parti mereka sendiri. Bukan itu sahaja mereka juga menjadi pemberi maklumat parti kepada PKR. Gua rasa mereka patut keluar daripada PAS secara terhormat dan masuk kedalam PKR jika perangai lebih PKR daripada PKR sendiri. 

PAS sudah menjadi pembangkang lebih daripada 50 tahun, menang dan kalah PAS tetap menerimanya dengan penuh kesyukuran. PAS bukan seperti PKR yang baru 3 kali menghadapi pilihan raya sudah tidak sabar untuk memerintah negara. Sedangkan gerak kerja mereka masih lagi rapuh berbanding dengan PAS dan DAP, layakkah mereka untuk memerintah walau pun Anwar adalah mantan PM Malaysia bukannya tiket untuk skim cepat jadi PM.

Mana menghilangnya balaci-balaci yang menyerang kepimpinan Haji Hadi untuk menjawab perjumpaan gelap Anwar/Najib. Gua nak dengar dan baca apa komen mereka tentang isu ini jika isu UG/Geng Perpaduang mereka paling kedepan menyerang PAS yang kononnya mengkhianati PR. Gua nih bukan ahli mana-mana parti tetapi jika lu nak kritik, biarlah berlaku adil. Disebabkan itulah gua tidak suka menjadi balaci mana-mana pihak supaya gua tidak terikat dan senang gua hendak hentam mana-mana yang gua nampak tak kena.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.