Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SELAMA MANA NAK PERTAHANKAN YANG BATIL ?



27 Mei, 2013

SPR Sahkan Wujud Pengundi Hantu?

PETALING JAYA, 27 MEI: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, borang 10A telah dikeluarkan di Alor Setar, Kedah mengesahkan kewujudan pengundi hantu.

Seorang pengundi, Lim Tiek Hong diserahkan borang 10A yang ditandatangani pegawaii SPR, Mohd Azahar Zakaria.Menurut peraturan perjalanan pilihan raya 1981, Borang 10A adalah borang yang diserahkan kepada pengundi yang hilang kelayakan mengundi. 

Lim yang sepatutnya mengundi di SK Peremba, Alor Setar pada 5 Mei lalu dinafikan hak kerana ada pihak telah mengundi bagi dirinya.“Borang 10A hanya dikeluarkan atas empat sebab.

Pertama pengundi enggan menunjukkan jari telunjuk untuk pastikan tidak ada kesan dakwat kekal. Kedua pengundi enggan telunjuknya ditandakan dakwat kekal,” kata Rafizi.

“Ketiga, jari telunjuk telah ditandakan dakwat kekal tetapi tidak ada kertas undi yang dikeluarkan dengan namanya. Keempat, jari telunjuk tidak ada dakwat kekal, tetapi kertas undinya telah dikeluarkan.“Ini yang dikenakan kepada Lim menyebabkannya hilang hak mengundi,” kata Rafizi.

Tambahnya, jika Lim telah mengundi dan tiada kesan calit di jari, bermakna peraturan SPR berkaitan dakwat kekal adalah penipuan.“Hari ini kita tuntut SPR jelaskan. 

Jika tiada masalah pengundi hantu, kenapa masih ada borang 10 A yang dikeluarkan?“Kita minta (SPR) sahkan, berapa banyak borang 10A yang dikeluarkan di seluruh negara,” soal Rafizi.

Katanya, SPR ada lebih sepuluh sumber untuk melakukan siasatan, namun mereka tidak menggunakannya dengan baik, malah memperlekehkan aduan rakyat.“SPR patut malu kerana kegagalan mereka menyelesaikan aduan rakyat berkaitan kegagalan sistem mereka,” kata Rafizi. ~keadilandaily

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.