PANAS!! Nazree Yunos Didakwa Bawah PAA, CheguBard Dipanggil Ke IPD Seremban Untuk Diambil Keterangan. Jom Terjah!!!
8:58 AM
No comments
SEREMBAN, 27 MEI: Polis
hari ini memanggil penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM),
Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard ke IPD Seremban untuk memberi
keterangan berhubung kempen menentang penipuan pilihan raya umum ke-13.
Dalam SMS kepada
Keadilandaily CheguBard memaklumkan, polis telah menampal notis di
kediamannya dan meminta hadir 11.30 pagi ini berikutan satu laporan yang
dibuat di Selangor.
“Diyakini ini ada kaitan
kempen menentang penipuan PRU,” kata Ketua Cabang KEADILAN Rembau itu
dalam kririman SMSnya kepada Keadilandaly.
Pada 23 Mei dilaporkan
bahawa polis mencari CheguBard di rumah ibunya di Seremban dipercayai
berhubung himpunan Suara Rakyat 505 yang berlangsung di Padang Timur,
Petaling Jaya, 25 Mei lalu.Sementara itu,
Sementara itu, Ketua AMK
Negeri Sembilan, Nazree Yunus akan didakwa di Mahkamah Seksyen Seremban
jam 8.30 ini mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman (PAA).
Pendakwaan dibuat berhubung himpunan ‘Black 505′ Negeri Sembilan yang diadakan di pusat komersial Oakland, Seremban 17 Mei lalu.
Nazree adalah pimpinan Pakatan Rakyat kelima yang didakwa dibawah Akta Perhimpunan Aman.
Sebelum ini dakwaan
dibawah akta sama dikenakan ke atas Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik
Ahmad, setiausaha kerja Sekretariat Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Ong Eu
Leong, ahli parlimen Ipoh Timur, Thomas Su dan setiausaha KEADILAN
Perak, Mohammad Anuar Zakaria.
Media melaporkan,
dakwaan dibuat kerana penganjur tidak memaklumkan kepada polis notis
himpunan dalam tempoh 10 hari sebelum penganjuran.
0 orang berkata:
Post a Comment