Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERKASA MACAM PUKUL ANAK SINDIR MENANTU

27/05/13

Perkasa dakwa penyokong Pakatan menipu PRU13

SHAH ALAM, 26 Mei — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan penyokong Pakatan Rakyat (PR) melakukan penipuan dalam Pilihan Raya 2013 dengan mengundi dua kali dan menggesa agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan siasatan.
 
Menurut Perkasa, mereka curiga dengan kemenangan besar parti PR DAP, PKR dan PAS di beberapa kerusi Parlimen.

"SPR perlu siasat penyokong PR yang mendakwa dapat dua kali kertas undi," kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali dalam satu kenyataan hari ini.

"Ini dakwaan serius. Jika benar, bermakna ramailah penyokong PR mengundi dua kali dan sebab itulah PR menambah kerusi Parlimen dari PRU 2008," tambah beliau lagi.

Menurut Syed Hassan lagi, gesaan Perkasa berdasarkan kepada kenyataan penyokong PR sendiri.

"Gesaan Perkasa ini adalah merujuk kepada kenyataan penyokong PR yang mendakwa dia berjaya masuk ke Pusat mengundi dan mendapat kerja undi kedua setelah berjaya menghilangkan dakwat dijarinya setelah selesai mengundi ditempat yang sama.

"Terutamanya di Parlimen Batu Pahat, Bukit Katil, Pasir Mas, Shah Alam, Sepang, Pokok Sena dan lebih 70 kerusi parlimen lain yg dimenangi calon Pakatan Rakyat," katanya.

Dalam Pilihan Raya 2013, dua calon Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Noordin bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas dan Shah Alam.

Walau bagaimanapun, kedua-duanya kalah di kawasan masing-masing.

PR menyalahkan penipuan pilihan raya menyebabkan mereka tidak menjadi kerajaan walaupun menang undi popular dalam Pilihan Raya 2013. Mereka menang 89 kerusi Parlimen berbanding Barisan Nasional (BN) yang mendapat 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen.
 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perhimpunan sama semalam turut menegaskan beliau menolak idea untuk bekerjasama dengan SPR dan menyokong desakan untuk pesuruhjaya SPR meletakkan jawatan serta merta. -TMI


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.