Hapus subsidi gula untungkan syarikat monopoli
KUALA LUMPUR - Penghapusan subsidi gula sebanyak 34 sen pada Sabtu
lalu, akan menguntungkan dua syarikat monopoli barangan itu sehingga
RM1 bilion.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata liberalisasi industri gula perlu dilakukan untuk mengelakkan monopoli berterusan sekaligus mengekang kenaikan harga gula.
"Kami mendapati pengurangan subsidi gula hanya sebanyak RM551.25 juta seperti yang diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
"Akibat daripada penghapusan ini, industri gula akan dimonopoli oleh dua syarikat utama iaitu syarikat yang dimiliki Felda Global Venture dan Tradewinds," katanya pada perbahasan Bajet 2014, di persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2014 turut mengumumkan pengurangan harga gula sebanyak RM0.34 sekilogram.
Dalam perkembangan yang sama, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut berkata, pendapatan kasar bagi industri tersebut adalah RM4 bilion setahun, namun apabila penghapusan subsidi keuntungan syarikat akan melonjak ke 20 peratus hingga 24 peratus dengan pengumpulan keuntungan hampir RM1 bilion.
"Yang menjadi tanda tanya kita, mengapa korporat mendapat keuntungan berganda akibat penghapusan subsidi gula dan rakyat dibebankan dengan kenaikan harga gula?," soalnya lagi.

0 orang berkata:
Post a Comment