Abby dan Suami
TIDAK
hanya mencetuskan kontroversi berkaitan isu politik, timbul pula cerita
tidak enak mengenai sikap bekas anggota Elite, Abby Abadi atau nama
sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 36, yang dikatakan tidak menghormati
suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24.
Berita
yang tersebar di kebanyakan blog itu bukan saja melaporkan aktres itu
melayani suaminya dengan kasar, bahkan turut menengking Farhan di
hadapan orang ramai.
Situasi
itu dikatakan berlaku setelah kereta yang dinaiki mereka rosak selepas
pulang dari majlis anjuran Pas, di Sungai Limau, Kedah, baru-baru ini.
Bagaimanapun,
Abby yang telah bernikah dengan Farhan pada 9 Julai lalu itu menafikan
sekeras-kerasnya dakwaan itu dan menganggap ada pihak yang sengaja cuba
untuk menjatuhkan kredibilitinya.
“Semua
itu fitnah untuk memburukkan saya! Saya tidak meninggi suara atau
menengking suami seperti yang didakwa oleh mereka. "Ini semua mainan
politik kotor orang yang tidak menyenangi saya,” tegasnya.
Mengulas
mengenai persepsi segelintir pihak yang menganggap dia cuba mengawal
suaminya atas jurang usia yang ketara, Abby berkata, dia tahu
kedudukannya sebagai isteri dan tetap meletakkan suami sebagai ketua
keluarga.
“Cukuplah fitnah-fitnah itu. Hubungan saya dan suami baik-baik saja," ujarnya.
Tetap dengan pendirian
Dalam
pada itu, Abby turut mengulas kenyataan Presiden Seniman, Zed Zaidi,
33, yang menempelak tindakannya dalam mengaitkan kehidupan artis dan
maksiat ketika sesi ceramahnya sebelum ini.
Menurut
Abby, dia hanya berkongsi pengalamannya ketika bergelar artis dan
tindakan Zed membidasnya itu turut dibayangi jawapan politik.
"Saya
lihat kenyataannya tidak realistik. Mengapa dia mahu fitnah saya? Ini
perjuangan saya untuk memperbetulkan apa yang berlaku dalam industri
hiburan tanah air, yang mana kini terlalu banyak maksiat yang berlaku.
“Namun,
siapalah saya kerana saya tidak mempunyai kuasa untuk membentuk dan
mendidik acuan dalam industri hiburan. Cuma apa yang dapat saya lakukan
adalah berdakwah dan menyebarkan apa yang dibolehkan oleh agama,”
katanya.
Mengulas
mengenai sikapnya yang tidak disenangi segelintir pihak, ibu kepada
tiga cahaya mata ini nyata melahirkan rasa kecewa. Bagaimanapun dia
tidak mahu mendendami sesiapa yang tidak menyukainya.
“Saya
tidak berdendam dengan sesiapa. Dan saya maafkan ketelanjuran mereka.
Bagi saya setiap manusia perlu melalui proses kematangan.
“Saya memberikan peluang kepada sesiapa untuk memperbaiki niat mereka,” akhirinya.
0 orang berkata:
Post a Comment