Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

28/10/13

Malaysia jadi negara ‘jenayah besar, tiada penjenayah’, menteri kebal: Kit Siang

LKS jenayah tiada penjenayah  
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Parlimen, kelmarin akan menjadikan Malaysia sebuah negara ‘jenayah besar, tetapi penjenayah’ dan menteri pula kebal daripada tindakan undang-undang walaupun cuai dalam tugas mereka.
Katanya, sebelum Najib yang juga Menteri Kewangan membentangkan Bajet 2014 dan mengumumkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus mulai 1 April 2015, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan bekas Presiden MCA dan Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik daripada tuduhan menipu kerajaan dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) membabitkan berbilion ringgit.
Beliau berkata, keputusan itu membawa dua mesej yang memberi kesan langsung terhadap Bajet 2014, Rancangan Transformasi Nasional Najib dan hala tuju negara dan ekonomi Malaysia pada masa depan.
“Rakyat Malaysia menjadi mangsa korupsi dan skandal raksasa dalam keadaan kerajaan dan agensi pencegahan rasuah iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, tidak mampu berbuat apa-apa untuk memerangi korupsi yang membabitkan “jerung” dan bukan hanya “ikan bilis.
“Menteri Kabinet kini menjadi kebal daripada hukuman jika mereka cuai dalam menjalankan tugas rasmi, termasuk tugasan di peringkat Kabinet.
“Ungkapan “jenayah tanpa penjenayah” terkenal 30 tahun lalu dalam skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) yang membabitkan dana RM2.5 bilion – skandal raksasa pertama dalam sejarah Malaysia – kerana walaupun Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengakui skandal RM2.5 bilion BMF itu adalah jenayah besar, tiada penjenayah terbabit, memandangkan tiada siapa didakwa di mahkamah jenayah atau sivil,” katanya dalam kenyataan media, semalam.
Lim Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, sepanjang tiga dekad lalu, fenomena “jenayah besar tanpa penjenayah” semakin menjadi-jadi, di mana setiap satu skandal baru yang muncul membabitkan jumlah wang lebih besar daripada skandal sebelumnya, manakala pelakunya pula semakin kebal – yang terbaru skandal PKFZ yang membabitkan wang rakyat sebanyak RM12.5 bilion.
“Tetapi yang lebih mengejutkan ialah apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin memutuskan bahawa bekas Menteri Pengangkutan itu tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang kesilapan serta maklumat mengelirukan atau tidak tepat yang dikemukakan di peringkat penyediaan dokumen kementerian bagi tujuan pembelian tanah PKFZ memandangkan beliau bukan orang “nombor satu” dalam kementerian, sebaliknya hanya berperanan sebagai “penghantar maklumat,” katanya.
Menurut Kit Siang, dengan keputusan itu, bermakna semua Menteri kebal daripada hukuman jika mereka cuai dalam melakukan tugas rasmi, termasuk tugasan di peringkat kabinet.
Bagaimanapun, katanya, keputusan itu menimbulkan tanda tanya kerana tidak ada penjenayah yang dikenal pasti bertanggungjawab dalam skandal PKFZ yang membabitkan wang sebanyak RM12.5 bilion itu.
Pada September 2009, Najib mengumumkan penubuhan sebuah “Super Task Force” untuk menyiasat skandal PKFZ itu, diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
“Tetapi apa yang terjadi pada “Super Task Force” PKFZ itu memandangkan sepanjang empat tahun lalu Najib tidak pernah menerbitkan walau secebis berita mengenai kegiatan dan hasil penemuan pasukan itu.
“Apakah Ketua Setiausaha Negara sekarang, Tan Sri Dr Ali Hamsa, mengambil alih teraju “Super Task Force” PKFZ atau pasukan itu sudah dibubarkan.
“Jika tiada apa-apa yang boleh dinyatakan Perdana Menteri mengenai “Super Task Force” PKFZ yang diketuai Ketua Setiausaha Negara, maka rakyat Malaysia tidak boleh terlalu berharap dengan Jawatankuasa Khas berkenaan Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang diketuai Ketua Setiausaha Negara dan disebut Najib dalam Belanjawan 2014.
“Najib membisu mengenai banyak perkara. Apakah beliau akan turut membisu mengenai natijah usaha menghadapkan pihak yang terbabit dalam skandal PKFZ ke muka pengadilan – atau apakah ini satu lagi contoh kegagalan NKRA Anti-Rasuah Program Transformasi Kerajaan Najib dalam membasmi ‘grand corruption’,” katanya. - Roketkini.com

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.