29 October 2013
PRK SG LIMAU : BN TERDESAK HINA USTAZ AZIZAN DAN RAKYAT
Nampak jelas BN memang terdesak sehingga tidak dapat membezakan antara
penghinaan dan penghormatan. Pada ketika mereka berusaha untuk
mempertahankan tindakan tidak cerdik mereka menaikkan harga gula, TPM
Muhyiddin Yassin menghina Allahyarham TS Azizan yang mengidap kencing
manis. Manakala Ahli Majlis Tertinggi Umno, Azeez Rahim pula menghina
rakyat dengan memberikan susu sudah luput tarikh.
Kedua-dua tindakan tidak cerdik ini menggambarkan kepada kita bahawa BN semakin terdesak untuk menarik pengundi menyokong mereka.
Selepas ini entah apa pula taktik dan strategi yang mereka akan gunakan bagi meraih undi. Kita yakin akan menggunakan taktik tradisi dan kuno mereka iaitu rasuah, ugut, tipu dan sebagainya. Jika rakyat tersebut tidak 'makan' dengan rasuah mungkin mereka akan diugut dan sebagainya.
Itu resam perjuangan politik Umno. Kalau semasa pemilihan Umno baru-baru ini pun mereka mengamalkan rasuah semasa berlawan sesama sendiri apatah lagi berlawan dengan PAS dan PR sudah tentu rasuah dan sogokan ini lebih dahsyat. Ini diakui sendiri oleh Dr Mahathir yang marah dengan kekalahan anaknya Mukhriz pada pemilihan Umno baru-baru ini.

0 orang berkata:
Post a Comment