Pas edar risalah baru calon
YAN - Risalah calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat yang menimbulkan
kekecohan beberapa hari lalu kerana mengandungi sekeping gambar
'superimpose' telah digantikan.
Risalah baru yang memuatkan gambar calon bersama bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak diedarkan kepada media selepas siang media harian di markas besar Pas di Sungai Limau, hari ini.
Isnin lalu, Sinar Harian mendedahkan, risalah Pas yang memaparkan gambar kempen calonnya, Mohd Azam Abd Samat bertemu Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, di pejabatnya ketika Azizan menjadi Menteri Besar Kedah yang telah diubah suai menerusi teknik ‘photoshop’.
Bertindak daripada pendedahan itu, Pas Kedah membuat sidang media dan mengakui terlepas pandang mengenai perkara itu dan akan menyiasat bagaimana perkara itu boleh berlaku.
“Pihak kami tidak tahu bahawa gambar tersebut bukan asli dan Pas langsung tidak ada niat untuk mengadakan sesuatu yang tidak ada,” kata Pengarah Operasi Pas bagi kempen PRK Dewan Undangan Negeri Dun Sungai Limau, Datuk Amiruddin Hamzah.

0 orang berkata:
Post a Comment