30 Oktober, 2013
Pelakon Hairie Othman Merajuk Dengan Pakatan Rakyat
Pelakon Hairie Othman menjelaskan tidak lagi terlibat dengan apa-apa
juga aktiviti parti anjuran Pakatan Rakyat. Hairie, 42, turut berkata,
dia juga tidak terlibat menyertai kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan
Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Yan, Kedah yang sedang
berlangsung.
"Saya tidak mahu komen apa-apa tentang ini, buat masa sekarang saya
tidak terlibat dengan apa-apa kempen atau ceramah Pakatan Rakyat
termasuk Pilihan Raya Kecil yang sedang berlangsung di Yan Kedah,"
katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Hairie berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penglibatannya
dalam kempen untuk parti pembangkang dalam PRK, DUN Sungai Limau yang
akan berlangsung pada 4 November depan.
Ketika ini pelakon Abby Abadi dan Leman (Raja Lawak) dilihat berkempen
atas tiket Pas selain beberapa artis lain yang dijangka berbuat demikian
seperti Aishah dan Bob Lokman.
Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lalu Hairie aktif berkempen untuk
Pas tetapi seakan-akan merajuk selepas apabila Pakatan Rakyat dikatakan
tidak mempedulikannya termasuklah gagal memberikan projek seperti yang
dijanjikan selepas PRU itu berakhir.
“Saya tak mahu komen. Sampaikan kepada bos kamu,” tambahnya. ~mStar
0 orang berkata:
Post a Comment