Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TUTUP JE LA SYARIKAT TUH

Khamis, 31 Oktober 2013

Anak syarikat PKNP rugi: Kerajaan BN Perak didesak selamatkan wang rakyat


howard lee


IPOH, 31 OKTOBER: Kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak digesa bertindak terhadap beberapa syarikat kerajaan negeri berikutan prestasi buruk akibat ketidakcekapan dan keborosan agensi berkenaan di bawah pentadbiran BN seperti dalam laporan Ketua Audit Negara bagi Negeri Perak.

Ia antara lain membabitkan kerugian anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNK), Perak Industrial Resources Sdn Bhd (PIRSB) sebanyak RM8.59 juta.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How, kegiatan utama PIRSB adalah membantu memajukan  sektor ekonomi negeri menerusi penggalakan pelaburan dan penerokaan bidang baru dengan memiliki sembilan anak syarikat.
“Bagaimanapun, hanya lima anak syarikat yang aktif berniaga dalam tempoh pengauditan itu dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, skop kajian yang dijalankan oleh unit yang ditubuhkan ini adalah berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara membabitkan penyata kewangan bagi tahun 2009 hingga 2011 yang meliputi aspek kewangan dan aktiviti utama syarikat dengan tumpuan terhadap prestasi kewangan pengurusan sehingga 2012.

“Walaupun PIRSB secara amnya mencatatkan keuntungan, pihak syarikat itu gagal membuat pemantauan secara berkesan terhadap aktiviti syarikat subsidiarinya iaitu PIRSB Developement Sdn Bhd yang menguruskan aktiviti ini.

“Akibat daripada kelemahan pemantauan, sebahagian daripada tanah lot industri diceroboh oleh setinggan secara haram.

“Sebuah lagi anak syarikat iaitu Perak Teamwork Sdn Bhd pula masih tidak mampu menjana keuntungan secara berterusan kerana jualan tanah liat tidak mencapai sasaran yang ditetapkan akibat pemberhentian operasi perlombongan.

“Begitu juga prestasi penjualan lot tanah estet perindustrian Batu Gajah yang kurang memuaskan kerana Fasa II masih belum terjual sejak 2010. Penjualan lot perindustrian Keramat Pulai tidak dijual sepenuhnya mengikut perjanjian,” jelas beliau.

Berikutan itu, Setiausaha Pemuda DAP Perak menggesa agar tindakan drastik diambil bagi mana-mana badan korporat jika mencatatkan kemerosotan teruk apa lagi membabitkan kerugian dana awam.

“Justeru, pendirian Pakatan Rakyat Perak sebelum ini adalah amat jelas, bahawa satu Jawatankuasa Khas Pemantauan GLC perlu ditubuh, sanggup dan berupaya memainkan peranan semak dan imbang supaya dana awam dapat dilindungi selain menjana keuntungan.

“Jika Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ikhlas dan inginkan satu transformasi yang sering mereka laungkan, beliau perlu bertindak segera,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.