Ops Cantas Khas Polis Marin: 22 ditahan, barangan bernilai RM305,000 dirampas
28/10/2013 8:42pm
PELABUHAN KLANG - Sebanyak 22 orang ditahan dan barangan bernilai
RM305,000 dirampas dalam Ops Cantas Khas yang dijalankan Polis Marin
Wilayah 1 sejak 16 Oktober lepas.
Tangkapan dan rampasan itu adalah hasil pemeriksaan terhadap 3,935
rakyat tempatan dan asing serta 488 bot, sampan dan kelong di persisiran
pantai Perlis hingga Selangor.
Komander Polis Marin Wilayah 1, ACP Mohd. Yusof Abdullah berkata,
antara barangan yang dirampas ialah 21,600 kapsul Hemaviton Stamina Plus
bernilai RM6,480 di bawah Akta Racun 1962 dan 800 liter diesel subsidi
bernilai RM13,600.
Turut dirampas pelbagai jenis mercun bernilai RM250,000 di Sungai Air Tawar, Perak, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Mohd. Yusof berkata, Ops Cantas Khas yang dijalankan oleh Polis Marin itu akan berakhir esok. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment