Perang Artis Pulakk!
Pada aku hanya kerana kurang Iman
Dan kurang kesedaran agama
Serta awalnya ibu bapa tetap salah!
Anne, betulkah pakaian yang ko pakai tu (bertudung dan berjeans ketat) menepati kehendak Islam?
Isnin Oktober 28, 2013
Abby Abadi Diselar Tuduh Umno Punca Artis Abaikan Islam
Dan kurang kesedaran agama
Serta awalnya ibu bapa tetap salah!
Anne, betulkah pakaian yang ko pakai tu (bertudung dan berjeans ketat) menepati kehendak Islam?
Isnin Oktober 28, 2013
Abby Abadi Diselar Tuduh Umno Punca Artis Abaikan Islam
Zed
berkata, Abby tidak sepatutnya mengaitkan dan menyalahkan parti politik
sebagai penyebab gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanah
air
PETALING JAYA: Presiden
Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi menyelar kenyataan pelakon dan
penyanyi Abby Abadi yang menuduh Umno bertanggungjawab menjadikan
golongan selebriti di Malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat
Islam.
Zed atau nama
sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 33, berkata, Abby tidak sepatutnya
mengaitkan dan menyalahkan parti politik sebagai penyebab gejala maksiat
berleluasa dalam industri hiburan tanah air.
"Soal agama
adalah hak individu dan ia langsung tiada kena mengena dengan parti
politik dan setiap umat Islam tidak kira sama ada mereka artis atau
golongan biasa perlu tahu tanggungjawab kepada agama dan bukannya
menuding jari kepada pihak lain.
"Politik tidak
boleh mempengaruhi seseorang untuk melakukan ibadat ataupun tidak dan
saya tidak faham mengapa politik disalahkan dalam konteks artis tidak
mengamalkan ajaran agama Islam dalam ceramah yang dia sampaikan,"
katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.
Dalam ceramah
di Kampung Dulang Kecil di Yan, Kedah pada malam Sabtu lalu, Abby
menyalahkan Umno kerana membiarkan gejala maksiat berleluasa dalam
industri hiburan tanah air.
Abby mendakwa Umno bertanggungjawab menjadikan golongan selebriti di Malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam
Abby yang kini
menjadi ahli PAS seumur hidup tampil membantu kempen calon parti itu,
Mohd Azam Abdul Samat yang berhadapan saingan satu lawan satu menentang
wakil Barisan Nasional, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada Pilihan Raya Kecil
(PRK) DUN Sungai Limau yang akan diadakan pada 4 November depan.
Dalam pada itu,
Zed Zaidi turut mempertikaikan perjuangan Abby dalam parti Pas yang
dilihat tidak ikhlas dan hanya bersuara apabila berceramah untuk
membantu parti tersebut ketika pilihan raya.
Jelas Zed,
ceramah yang disampaikan oleh Abby hanya mencari kesalahan orang lain
selain menabur fitnah sekali gus bertentangan dengan ajaran Islam
sebenar.
"Saya tidak
faham dengan sikapnya kerana secara terang-terangan dia bukannya
memperjuangkan Islam tetapi hanya untuk kepentingan politik dan jelas
dia isu yang dia bangkitkan ternyata tidak masuk akal.
"Ia bersifat
kebudak-budakkan dan ingin saya tanya di sini, di mana Abby ketika isu
seperti penggunaan kalimah Allah hebat diperkatakan sebelum ini?
Anne
memberitahu Umno sentiasa peka dan bersungguh-sungguh dalam menangani
gejala maksiat yang bukan sahaja dalam bidang hiburan tetapi secara
keseluruhan.
"Abby hanya
muncul dan lantang bersuara hanya pada ceramah-ceramah untuk membantu
calon pilihan raya parti itu dan bukannya memperjuangkan Islam,"
jelasnya.
Sementara itu,
pelakon Naszriah Ngasri memberitahu sepanjang terlibat sebagai Ketua
Puteri Umno Bahagian Bukit Bintang dia tidak melihat parti komponen BN
itu menyesatkan dunia hiburan sebaliknya parti itu sentiasa menegakkan
syiar Islam dikalangan ahli-ahlinya.
Kata Naszriah
atau lebih mesra dengan sapaan Anne, Umno juga sentiasa peka dan
bersungguh-sungguh dalam menangani gejala maksiat yang bukan sahaja
dalam bidang hiburan tetapi secara keseluruhan.
"Sebagai rakan
artis saya menghormati kenyataan Abby dan menganggap itu kenyataan
peribadinya sendiri. Pada saya dosa dan pahala tidak perlu dikaitkan
dengan mana-mana parti dan ia mengenai diri masing-masing dan bukan
ditentukan oleh orang lain.
"Amal ibadah, pahala dan dosa adalah tanggungjawab semua umat Islam dan bukan tanggungjawab parti secara khususnya," katanya.
Tambah Anne
sepanjang bergelar artis, dia belum pernah melihat pihak produksi
melarang atau tidak membenarkan artis atau pun krew untuk bersolat.
"Pada waktu
penggambaran kita memang ada waktu rehat sebelah tengah hari, petang dan
malam cuma terpulanglah kepada artis itu mahu atau tidak untuk
melakukan solat.
"Bagi saya hendak solat atau pun tidak solat itu bergantung kepada individu tersebut," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment