Musibah menanti jika langgar hukum ALLAH
“ALLAH telah beri gambaran kepada kita, manusia yang menyanggah hukum ALLAH akan terima musibah!”
Demikian komen Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid sebaik diaju soalan mengenai cadangan beberapa negara supaya Malaysia mengiktiraf lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan menerima kebebasan beragama.
Perkara itu dibentangkan dalam sesi pembentangan Semakan Berkala Universal (UPR) seliaan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland, kelmarin.
Mohd Tamyes berkata, musibah tersebut dijelaskan di dalam al-Quran seperti yang berlaku kepada kaum Nabi Luth di negeri Sadum kerana mengamalkan gaya hidup yang songsang iaitu homoseksual.
“Sikap kaum Nabi Luth itu yang mempunyai hubungan sejenis akhirnya menerima pembalasan.
“Dalam kes ini, mujur sifat ALLAH yang ar-Rahman (pengasih) dan ar-Rahim (penyayang), tidak diturunkan pembalasan itu sekarang. Walaupun tidak nampak secara zahirnya balasan di dunia, tapi golongan ini akan menerima balasan di akhirat,” katanya.
Beliau berkata, cadangan yang mengancam kedaulatan Islam itu dipercayai dilakukan puak-puak pro-orientalis dan golongan berfahaman pluralis serta liberal untuk memporak-perandakan masyarakat Islam.
“Kehendak orang-orang ini adalah hak asasi manusia. Kita kena ingat bahawa manusia dicipta oleh ALLAH, maka kena ikut peraturan ALLAH.
“Sekiranya LGBT diiktiraf, apa akan jadi pada masa depan generasi akan datang? Adakah kita mahu seks bebas dilakukan dan ada orang yang tidak mahu berkahwin?” katanya.
Golongan Yahudi dan Kristian, kata Mohd Tamyes, merupakan cabaran paling getir yang perlu dihadapi umat Islam di seluruh dunia kerana mereka mempunyai kuasa, kekuatan dan wang.
“Islam ini memang dicabar sepanjang masa dan kita kena berwaspada. Apabila negara Islam dipengaruhi dua golongan ini, maka akan kecundanglah. Yang jadi masalah bila negara Islam sendiri terpedaya dengan ‘momokan’ golongan ini.
“Kita (umat Islam) kena bertahan. Rasulullah SAW pernah bersabda supaya pertahankan Islam hingga ke titisan darah terakhir. Kalau sampai bab akidah (dipersoalkan), kita kena pertahankan,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment