Shahidan: Politik wang boleh berlaku jika kaya
KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Seri Shahidan Kasim menyatakan, politik wang di dalam pemilihan Umno
pada 22 Oktober lalu hanya boleh berlaku sekiranya individu tersebut
benar-benar kaya.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai Umno masih mengamalkan rasuah untuk menang pada pemilihan lalu.
Menurutnya, setiap calon yang menggunakan politik wang untuk menang perlu menyediakan sejumlah wang yang banyak untuk meraih undi iaitu sebanyak 55 peratus daripada jumlah keseluruhan 140,000 perwakilan.
"Calon yang menang politik wang, pemberita ada tak dengar saua terlibat, itu hanya publisiti, saya tak main duit, saya tak pasti sapa main duit.
"Menggunakan duit untuk perbelanjaan jentera adalah.
"Perbelanjaan untuk diberikan wang sangat banyak, hampir cecah jutaan ringgit. Sangat banyak tak mungkin boleh belanja begitu banyak, kalau nak belanja semua orang kira-kira 75, 000 dia perlu kaya," katanya pada pemberitan, di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.
Tambahnya, sistem terbuka yang diamalkan Umno pada pemilihan lalu, dapat membendung politik wang daripada terus berleluasa.
"Saya nampak secara keseluruhan sistem ini boleh kurangkan politik wang sebab orang tak mampu nak bagi duit kepada semua perwakilan yang mengundi," ujarnya.
Semalam, mengikut laporan media Dr Mahathir menyatakan politik wang memainkan peranan dalam memastikan seseorang calon yang tidak layak memenangi jawatan dalam pemilihan Umno baru-baru ini.
Dr Mahathir berkata, rasuah masih belum dapat dihapuskan dalam pemilihan Umno dan wang masih terus diberikan.
“Banyak wang yang diberi hingga nilai berjuta ringgit dan itu menjadikan mereka yang tidak layak telah dipilih disebabkan wang yang diberi,” katanya.
Dalam pada itu, Shahidan yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, Dr Mahathir adalah idolanya dan tidak perlu ada unsur untuk melagakannya.
"Beliau (Dr Mahathir) adalah idola saya, jangan lagakan saya dengan dia, ini tak adil.
"Pada pandangan saya ini dia cuma dengar cakap (orang lain).
"Saya akan menyokong apa saja cakap beliau sebab saya sayangkannya," katanya lagi.

0 orang berkata:
Post a Comment