30/10/13
Makan umpan, jangan joran - Presiden PAS
JERAI: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru
Abdul Hadi Awang mahu pengundi Dun Sungai Limau menjadi pengundi bijak
berdepan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun itu 4 November ini.
Menurutnya, pengundi harus menjadi "ikan yang cerdik" berdepan pelbagai "umpan pancing" yang dihidangkan kepada mereka.
Kata Tuan Guru Abdul Hadi, ikan yang cerdik adalah ikan yang hanya makan umpan dan bukan memakan jorannya sekali.
"Jangan gadai prinsip kita hanya kerana wang RM50 atau RM100.”
"Kena jadi ikan yang cerdik, jangan jadi ikan bodoh seperti ikan
Belukang, ada misai nampak gah, tapi semua dia telan termasuk najis pun
dia makan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berceramah di Kampung Sedaka di sini malam tadi.
Mengulas soal calon, beliau berkata PAS menawarkan calon terbaik, Ustaz
Mohd Azam Abd Samat untuk mewakili mereka di Dun Sungai Limau ini.
Bukan sahaja mampu meneruskan legasi Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan,
Ustaz Azam juga diyakini mampu meneruskan perjuangan Islam PAS dengan
baik.
"Kita undi Ustaz Azam. Apa yang dia buat baik kita sokong, apa yang tak betul kita akan lawan.”
"Kalau Umno apa yang bos dia kata, betul ke tak betul ke semua kena sokong. Itu beza PAS dengan Umno," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment