Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, October 30, 2013

Zahid kata Syarikat Keselamatan dah dibatalkan lesen.. tapi kenapa ia masih beroperasi seperti biasa?


Pada 25 Oktober lalu, Syarikat Kawalan Keselamatan yang telah menggaji pengawal Keselamatan yang menembak mati pegawai operasi Ambank di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya dilaporkan telah dibatalkan lesennya oleh Kementerian Dalam Negeri.

Menurut Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN Datuk Alwi Ibrahim berkata syarikat berkenaan didapati gagal mematuhi syarat dan peraturan pengendalian serta pengurusan agensi persendirian di bawah Akta Agensi Persendirian 1971.

"Kementerian mendapati syarikat kawalan keselamatan itu mempunyai lesen untuk menggaji pengawal keselamatan yang menggunakan senjata api tetapi pengawal keselamatan (suspek) itu tidak ada lesen membawa senjata api.

"Selain itu, syarikat kawalan keselamatan itu baru mengemukakan permohonan untuk membuat tapisan keselamatan bagi pegawal keselamatan terbabit (suspek) pada hari ini. Sehubungan itu, KDN memutuskan untuk membatalkan lesen syarikat berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya.Laporan penuh sila baca di SINI.

Nama Syarikat tersebut kemudiannya telah didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Hingga kehari terakhir tempoh rayuan diberikan, Prima Secuirity tidak mengemukakan sebarang rayuan terhadap tindakan Kementerian Dalam Negeri itu.

Zahid juga dilaporkan berkata "Kita mengambil tindakan membatalkan lesen syarikat itu kerana berdasarkan rekod, syarikat terbabit sudah mempunyai dua kesalahan sejak ditubuhkan".

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.