Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

28/10/13

Tiada sebab nak singkir Khalid Ibrahim kata Azmin Ali

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menegaskan tiada sebab Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor mahu menggantikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim daripada meneruskan jawatannya bagi penggal kedua kali ini.

Malah, beliau yang juga pengerusi BBC tidak faham mengapa isu tersebut dibangkitkan semula seperti yang dilaporkan dalam media sejak akhir-akhir ini.

NONE
"Tiada sebab bagi kami (BBC) nak tukar Tan Sri Khalid. Saya tahu kamu mahu mendengar jawapan ini... Tidak ada sebab (nak tukar beliau)," katanya sambil ketawa kecil kepada pemberita di parlimen.

Menurutnya lagi, tugas BBC negeri adalah memberi idea baru berhubung langkah memajukan negeri itu dan membantu Khalid mengenalpasti serta menguruskan projek dan pembangunan yang perlu diutamakan terlebih dahulu di negeri itu.

"Kenapa isu ini dibangkitkan, kenapa kami tidak boleh beri pandangan? Dan bila dapat memo (BBC) dianggap sebagai kuasa pendesak? Kami bukan kumpulan pendesak, itu bukan tugas kami.

"Tugas kami adalah untuk memberi idea dan membantu kerajaan dan menteri besar, untuk mengimplimentasi projek di bawah. Itu yang kita cadangkan. Dalam memorandum tidak ada (berkaitan) perkara peribadi, semua isu pembangunan," katanya.

Sehubungan itu, kata Azmin, beliau yang juga ADUN Bukit Antarabangsa akan bertemu dengan Khalid petang esok, bagi membincangkan "perkara-perkara berbangkit dan juga tidak semestinya berkaitan memorandum BBC" itu.

Semalam, Khalid dilapor menolak desas-desus bahawa jawatan yang disandangnya sejak 2008 bakal diambil alih oleh Azmin dan beliau menyifatkan desas-desus itu sebagai ‘asam garam dalam dunia politik'.

Anwar: Kalau Azmin nak, takkan saya tak tahu

Sebelum itu, dalam sidang medianya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan wujudnya kemelut kepimpinan PKR di negeri itu melibatkan kedua-dua pemimpin PKR itu.

NONE
"Kalau dia (Azmin) nak ambil alih (jawatan menteri besar), takkan saya tak tahu," katanya sambil mendakwa isu tersebut sengaja ditimbulkan oleh media arus perdana tertentu.
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.