• Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim  
  • Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
1 / 1
SHAH ALAM -  Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal mengimbangi had maksimum hutang negara di bawah 55 peratus dari jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan mengurangkan defisit sebanyak tiga peratus pada 2015.

Menteri Besar Selangor,  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pendekatan yang diambil dalam Bajet 2014 untuk meningkatkan hasil negara melalui pelaksanaan GST dan menaikkan cukai hartanah (RPGT) tidak menepati kehendak perubahan sebenar bagi memastikan kecekapan perbelanjaan dan rasionalisasi untuk mengurangkan keborosan dan ketirisan.


“Perbelanjaan operasi kos rasionalisasi akan meningkat kepada 82.4 peratus pada 2014 dari 80.2 peratus pada tahun ini,” katanya.


Abdul Khalid berkata, Selangor akan mengambil kesempatan ke atas langkah untuk memperkayakan sektor perkhidmatan melalui Blueprint Sektor Perkhidmatan apabila kerajaan persekutuan merancang untuk melancarkannya pada  2014.


Antara subsektor perkhidmatan untuk dipromosikan bahawa Selangor akan menjadi peneraju kepada sektor logistik, penerbangan, pelancongan dan industri berasaskan bio.