Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Piala Malaysia: FAM tetapkan harga tiket RM40 untuk perlawanan akhir

28/10/2013 5:25pm

PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyediakan 75,000 tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 antara Kelantan dan Pahang yang mula dijual kepada orang ramai, Rabu ini.
Tiket perlawanan akhir pukul 8.45 malam di Stadium Shah Alam, Ahad ini,
ditetapkan pada RM40 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Afandi Hamzah berkata, badan induk itu memperuntukkan masing-masing 30,000 tiket kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP).

Katanya, baki 15,000 tiket akan dijual di kaunter Pintu A dan C di Stadium
Shah Alam mulai 9 pagi, Rabu ini.

"Orang ramai boleh membeli tiket di negeri masing-masing mulai sama yang
sama," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pengelola final Piala
Malaysia 2013 di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini. - Bernama

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.