28 Oktober, 2013
Kerajaan BN Kedah Hilang Ingatan..
Kerajaan BN Kedah dinasihati agar bercakap dan bertindak 'dalam keadaan
sedar' memandangkan sudah lima bulan mereka memerintah negeri.
Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar berkata, BN tidak perlu menunggu
kemenangan mereka di Sungai Limau untuk membuat pembangunan kerana BN
sudah berkuasa sebagai kerajaan.
"Calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau Dr Ahmad Sohaimi
Lazim pada awal kempen baru-baru ini mengakui Sungai Limau sudah berada
dalam keadaan baik di bawah Allahyarham Tan Sri Azizan Abd Razak namun
BN akan melakukan lebih baik lagi jika BN menang di Dun tersebut.
"Saya ucap terima kasih kepada calon BN yang mengakui tentang kebaikan
yang dilakukan Allahyarham Ustaz Azizan sepanjang pemerintahan beliau.
"Apa yang dilakukan oleh Allahyarham banyak dibantu oleh calon kita
Ustaz Azam yang menjadi petugas kepada parti di peringkat Parlimen Jerai
dan Dun.
"Kalau dia kata bila BN ambil alih mereka akan lakukan pembangunan, saya
fikir bahawa mereka dah ambil alih kerajaan jadi sepatutnya tak perlu
tunggu pilihan raya kecil baru nak tambah baik," kata beliau ketika
ditemui Harakahdaly di Markaz Induk PAS PRK Sungai Limau, Batu 15, hari
ini.
Tambah Mahfuz, sekiranya BN ikhlas ingin membangunkan Sungai Limau,
seharusnya pembangunan itu dilakukan dalam tempoh lima bulan mereka
memerintah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 Mei lalu.
"Sepatutnya dalam tempoh lima bulan mereka dah buat sesuatu. Tapi dalam
masa 5 bulan sebelum daripada kematian Allahyarham mereka tak pernah
datang pun (Sungai Limau) untuk nak buat sesuatu yang lebih baik
sedangkan mereka dah dapat kuasa."Jadi janganlah dia bercakap
seolah-olah kerajaan BN tak berkuasa di Kedah," ujarnya yang juga
Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Dun Sungai Limau. ~hrkh
0 orang berkata:
Post a Comment