Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, October 30, 2013

PRK Sungai Limau: Ini Ramalan Nujum Pak Katak!

PRK Sungai Limau: Perkasa yakin PAS kalah

FMT Staff  | October 29, 2013
Faktor utama PAS akan kelah kerana orang Melayu makin meluat dengan politik PAS.





PETALING JAYA: Perkasa yakin PAS akan kalah dalam PRK Sungai Limau pada 4 November ini.
Menurut Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, faktor utama PAS akan kelah kerana orang Melayu makin meluat dengan politik PAS.
Katanya, Islam hancur dalam perjuangan politik PAS.
“PAS berdolak-dalik dalam banyak isu yang melibatkan kepentingan Islam, Melayu dan Bumiputera,” katanya kepada FMT.
Beliau yang juga bekas ahli parlimen Pasir Mas menambah  PAS betul-betul menjadi terompah DAP.
Ibrahim mendakwa politik PAS mengejar habuan dunia dan Islam dijadikan perkakas.
“Faktor kedua PAS akan kalah kerana pengundi luar DUN Sungai Limau tidak akan balik mengundi,” dakwanya.
Katanya, tidak memberi apa-apa makna jika mereka balik mengundi.
“Jika mereka balik, undi PAS dan PAS menang, tidak ada apa-apa untung kerana ia tidak merubah kerajaan negeri yang dikuasai BN dan kawasan kekal mundur,” tegasnya.
Beliau meramalkan pengundi luar tidak akan balik kerana buang masa untuk mengundi PAS yang tidak beri apa-apa faedah.
Katanya,maka BN akan menang di DUN Sungai Limau.
“Pada pendapat saya, inilah yang sepatutnya berlaku,” kata beliau.
Tambahnya lagi PAS perlu disuntik untuk sembuh dari penyakit kronik politik.
Turut baca:

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.