Thursday, October 3, 2013
Ini Dia Muka Pembunuh Yang Dapat Upah RM20,000 Tu......
Published: Khamis Oktober 3, 2013 MYT 12:54:00 PM
Penarik Kereta Didakwa Bunuh Pengasas Ambank, Cuba Bunuh Isteri Mangsa
Koong Swee Kwan, 44, (tengah) yang bekerja sebagai penarik kereta
dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur pada Khamis
atas pertuduhan membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank)
Hussain Ahmad Najadi di sebuah tempat letak kereta di Kuala Lumpur, Julai lalu.
KUALA LUMPUR: Seorang
penarik kereta, Koong Swee Kwan pada Khamis dihadapkan ke Mahkamah
Majistret di sini atas pertuduhan membunuh pengasas Kumpulan Perbankan
Arab-Malaysian (AmBank) Hussain Ahmad Najadi di sebuah tempat letak
kereta di sini Julai lalu.
Koong, 44, turut berdepan pertuduhan cubaan membunuh isteri pengasas itu, Cheong Mei Kuen, 49.
Bagaimanapun
tiada pengakuan direkodkan daripada Koong selepas pertuduhan dibacakan
di depan Penolong Pendaftar Rosmaniar Zainuddin.
Bagi pertuduhan
pertama, Koong didakwa membunuh Hussain, di tempat letak kereta Tokong
Cina Kuan Yin No. 4 Lorong Ceylon, Daerah Dang Wangi, di sini pada 1.30
tengah hari hingga jam 2 petang, 29 Julai lalu.
Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan
kedua, Koong didakwa cuba membunuh Cheong sehingga menyebabkan
kecederaan kepada wanita itu pada masa dan di tempat yang sama, mengikut
Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun, jika
sabit kesalahan.
Pendakwaan
dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala
tertuduh yang berbaju t-shirt putih, tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 9 Disember ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan forensik.
Dalam kejadian
itu, Hussain, 75, maut manakala isterinya cedera parah akibat ditembak
dari jarak dekat di kawasan parkir kereta sejurus keluar dari tokong
berkenaan selepas berunding mengenai urusan perjanjian tanah. - BERNAMA
0 orang berkata:
Post a Comment