Jangan jadikan media sebagai perantara
KOTA BHARU - Muzakarah antara Pas dan Umno tidak akan berjaya sekiranya
media dijadikan medium perlaksanaannya kerana ia memerlukan perjumpaan
empat mata kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu.
Setiausaha BN Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, perjumpaan yang dikatakan untuk membincangkan perlaksanaan Islam di negara ini juga tidak memerlukan sebarang bantuan publisiti.
“Saya cadang jumpa empat mata antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tanpa sebarang publisiti, hanya bersaksikan malaikat kiri dan kanan serta ALLAH SWT,” katanya, semalam.
Sementara itu Alwi berkata, Pas perlu melihat model BN dalam melaksanakan tahaluf siyasi kerana parti itu sudah berbuat demikian dengan parti-parti komponen lain sejak sebelum merdeka lagi.
"Adakah tindakan (tahaluf siyasi) tersebut timbul apabila melihat parti komponen PR cuba menghalalkan beberapa perkara yang diharamkan sebelum ini," katanya.
Beliau berkata, tindakan itu juga memperlihatkan Pas baharu sahaja memahami dan menyedari bahawa negara tidak mungkin boleh diperintah dengan aman tanpa sokongan dan undi bukan Islam.
Alwi berkata demikian ketika mengulas kenyataan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, ia akan diteruskan jika tidak melanggar mana-mana garis panduan yang ditetapkan, sekali gus turut tidak akan mengkhianati sesiapa termasuk rakan PR.

0 orang berkata:
Post a Comment