[TERBONGKAR] Remaja Itu Pernah Diperkosa Bekas Suaminya Sebelum Kahwin
Bapa
kepada pasangan kahwin muda, Saad Mustafa mendedahkan bahawa anak
perempuannya, Nor Fazira Saad, 13, diperkosa oleh bekas suaminya, Mohd
Fahmi Mohamed Alias, 20, bersama dua kawan lelaki empat bulan sebelum
perkahwinan itu dilangsungkan.
Saad, 44, berkata, dia membuat laporan polis pada 15 Julai 2012, namun ibu bapa Mohd Fahmi datang menemuinya selama beberapa hari merayu laporan itu ditarik balik kerana tidak mahu anaknya menerima hukuman penjara.
“Saya kahwinkan dia kerana diperkosa,” katanya seperti dilapor akhbar berbahasa Inggeris, The Star hari ini.
Berikutan rayuan itu, dia sebagai bapa memahami permohonan keluarga Mohd Fahmi dan bersetuju untuk menarik balik laporan polis yang dibuat serta menikahkan anaknya pada November 2012.
Pada bulan lalu, Nor Fazira memberitahu bahawa dia tidak tahan dengan layanan keluarga mentuanya dan memutuskan untuk meminta cerai.
Saad turut mengakui bahawa keluarga Mohd Fahmi tidak menyukai anaknya dari awal perkahwinan dan Nor Fazira selalu didera secara fizikal serta tidak diberi makan oleh keluarga mentuanya.
Akhbar itu melaporkan Mohd Fahmi menafikan dakwaan Saad dan berkata dia hanya meniduri Nor Fazira selepas mereka sah diijabkabulkan.
“Saya menceraikan Nor Fazira kerana bekas isteri saya itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki lain dari Kuala Ketil.
“Nor Fazira juga biadab terhadap keluarga dan tidak pernah memasak serta selalu keluar rumah sekiranya tidak berpuas hati,” katanya.
Mohd Fahmi menafikan dakwaan bahawa Nor Fazira didera dan tidak diberi makan.
Katanya, keluarga mereka melayan Nor Fazira dengan baik walaupun perlakuan remaja wanita itu teruk. -TMI

1 orang berkata:
Dia hanya menidurinya setelah sah diijabkabulkan, sebelum itu tidak pernah menidurinya tapi perkosa tumemang ada ada.
Adalah sesuatu yang amat payah (hampir mustahil) bagi seorang bapa untuk membuka keaiban anak perempuannya sendiri. Sukar dipercayai beliau sanggup menikahkan anaknya yg telalu muda ketika itu. Rentetan penceritaannya nampak lebih diterima akal demi untuk kebaikan anak perempuannya dan pasangan. Dari cerita pihak suami pula jelas menunjukkan kegagalan suami itu sendiri berperanan sebagai pemimpin keluarga, malah meletakkan kesalahan pd isteri. Nampak seperti melepaskan anjing tersepit.
Ayuh en. Saad, usahakan sesuatu untuk membatalkan penarikan laporan polis itu dan ambil tindakan pd pihak berkenaan. Ini adalah untuk memberi pengajaran kpd pihak yg menganiaya anakmu itu. Bertindaklah dgn lebih bijak!
drp bapa prihatin
Post a Comment