Rabu, 27 November 2013
DBKL naik cukai pintu 300% bersifat balas dendam
KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Wilayah Persekutuan membantah sekeras-kerasnya tindakan Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur (DBKL) menaikkan cukai pintu 300 peratus secara mendadak
dan tidak masuk akal.
Penyelarasnya, Azmir Mustafa berkata, warga kota hidupnya penuh kesempitan, ditambah pula dengan kenaikan harga petrol, kenaikan harga barang-barang keperluan harian, namun kerajaan terus menghukum rakyat yang menolak mereka.
Justeru, ujarnya SAMM menyifatkan tindakan itu adalah satu siri balas dendam terhadap warga Kuala Lumpur kerana hampir semua parlimen kekal di tangan pembangkang sedangkan kerajaan telah 'melabur' dengan jumlah yang besar menjelang PRU13.
Kenyataan penuh seperti di bawah.
Belum pun lagi mencapai tempoh setahun dalam pembentukan kerajaan Malaysia selepas Pilihan raya Umum ke-13, warga Kuala Lumpur telah dikejutkan dengan satu lagi 'bala' yang diberikan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional, iaitu dengan kenaikan cukai pintu sebanyak 300 peratus.
Solidariti Anak Muda Malaysia Wilayah Persekutuan (SAMM Wilayah) membantah sekeras-kerasnya akan kenaikan cukai ini secara mendadak dan tidak masuk akal.

0 orang berkata:
Post a Comment