Saturday, November 30, 2013
TG Nik Aziz: Pertemuan MB Kelantan - Datuk Seri Najib, satu yang luar biasa
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
menyifatkan pertemuan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dengan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai satu yang luar
biasa.
Mantan Menteri Besar Kelantan itu berkata, ketika beliau menerajui
pentadbiran negeri selama 22 tahu sebelum ini, pertemuan rasmi sebegitu
tidak pernah berlaku.
“23 tahun baru boleh jumpa, payahnya menteri besar pembangkang nak jumpa
perdana menteri, saya tidak tahu apa yang menyebabkan (perdana menteri)
buka pintu.
“Insya-ALLAH, kita minta doa minta Allah buka pintu hati jangan menjadi
syaitan merosakkan hati manusia, ingatkan syurga dan neraka, ingat apa
yang kita buat apa sahaja akan mendapat balasan,” katanya semasa kuliah
Mingguan di Dataran Ilmu semalam yang dipetik Sinar Harian Online.
Khamis lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima
kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di pejabatnya
di Perdana Putra, Putrajaya.
Pertemuan 45 minit itu membawa kepada perbincangan berkaitan dengan
pelbagai bantuan yang boleh disalurkan oleh kerajaan pusat kepada
kerajaan negeri.
Bagaimanapun, pertemuan itu tidak membincangkan soal kerjasama politik,
sebaliknya lebih memfokuskan isu infrastruktur negeri termasuk royalti
minyak dan pelaksanaan undang-undang Syariah.
0 orang berkata:
Post a Comment