Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Saturday, November 30, 2013

2011 PAS lulus usul pecat, hari ini Ketua Pemuda PAS kata Ustaz Kazim masih ahli PAS?


Semalam bila Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan Mohammad Kazim atau dikenali Ustaz Kazim adalah antara sembilan individu yang dilantik sebagai ahli MT UMNO, Ustaz Kazim menjadi sasaran kutukan banyak Blog-blog Pro PR.

Bagaimanapun menurut Ustaz Kazim, beliau sudah menjangkakan pelbagai reaksi yang bakal diterima sebaik pengumuman lantikannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Cuma beliau kesal, apabila rata-rata komen yang diterima terutama yang dilakukan menerusi media sosial termasuk Facebook bersifat cacian dan cemuhan.

Menurutnya, keadaan itu disifatkan tidak adil sedangkan keputusan sama ada mahu menerima atau menolak perlantikan itu belumpun diputuskan.

“Saya memang sudah jangka akan ada penerimaan dan reaksi negatif seperti ini, tetapi mereka terlalu cepat (menghentam) tanpa mendengar penjelasan, sepatutnya (komen) lebih berhemah.

“Alangkah baik jika semua pihak memandang kebaikan, sekiranya perdana menteri minta tolong untuk martabatkan Islam, apa salahnya saya bantu, mana-mana pihak yang minta nasihat juga akan saya bantu,” katanya.

Ustaz Kazim yang juga Pengerusi Pusat Pendidikan Al-Barakah mengakui, komen negatif yang diterima sedikit sebanyak mengganggu emosi ahli keluarganya yang lain.

Katanya “Saya penat, orang kutuk macam-macam, anak saya sendiri menangis apabila bapanya dipanggil anjing dan barua. Ini membuatkan saya sedih. Orang luar hanya tahu memboikot, tetapi sekupang pun mereka tidak datang untuk melihat tempat kita (Pusat Pendidikan Al-Barakah),'' katanya.

Itu antara apa yang diluahkan oleh Ustaz Kazim sepertimana yang disiarkan oleh Sinar Harian di SINI.

Hari ini dalam satu kenyataan medianya Ketua Pemuda Pas Perak, Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata Mohammad Kazim Elias atau dikenali Ustaz Kazim adalah ahli parti itu yang sah.

Ustaz Kazim mendaftar sebagai ahli Pas cawangan Kampung Manjoi (Tambun) sejak Julai 1998 dengan nombor keahlian 0475276.

Ini kenyataan medianya..
Kenyataan Media (30 November 2013)

KAZIM: KEJUTAN BUAT PERAK!


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak ingin membuat pengesahan bahawa Mohammad Kazim Elias adalah Ahli PAS semenjak beliau mendaftarkan diri pada 17 Julai 1998 dengan Nombor Keahliannya - 0475276 di PAS Kawasan Tambun dan di PAS Cawangan Kampung Manjoi. Kejutan apabila Kazim telah diumumkan oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang telah dipersetujui oleh Presiden Umno, Dato' Sri Haji Mohammad Najib Tun Haji Abdul Razak sebagai salah seorang Ahli Majlis Tertinggi yang baru dilantik.


Persoalan kami dan rakyat Negeri Perak khasnya, adakah Kazim telah menyertai Parti Umno sedangkan beliau adalah Ahli PAS yang sahkan? Tidakkah untuk membuat sebarang perlantikan politik memerlukan seseorang itu menyertai parti tersebut terlebih dahulu? Kami tidak mahu membuat sebarang andaian selagi Kazim tidak mengesahkan penerimaan jawatannya tersebut. Bagi kami, jika Kazim telah mengesahkan menerima perlantikan jawatan tersebut, beliau sudah tentu memikirkan implikasi kedudukannya sekarang ini sebagai Pendakwah Bebas.


Ini kerana dahulu Kazim tidak memegang mana-mana jawatan politik dan kini jika benar beliau menerimanya akan memberikan kesan untuk beliau memberikan tazkirah atau kuliah di Masjid-Masjid di Perak khasnya. Umum mengetahui, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak (MAIAMPk) dan Raja Dr Nazrin Shah, Pemangku Seri Paduka Sultan Perak tidak membenarkan mana-mana individu berjawatan politik menjadikan Masjid sebagai pentas politik. Ianya termasuk sebagai jemputan di Radio Perak FM, tazkirah di Kediaman Rasmi Menteri Besar, di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan anjuran Institut Darul Ridzuan (IDR) selepas ini.


Kami tidak bersetuju mana-mana pihak memberikan tekanan kepada Kazim dan meminta beliau agar membuat kenyataan rasmi segera tentang kedudukannya. Adalah malang juga buat Dato' Sri Najib dan Badan Perhubungan Umno Negeri Perak jika Umno tidak mendapat persetujuan terlebih dahulu dengan Kazim dan hanya membuat pengumumannya sahaja. Ini sebenarnya amat memalukan Dato' Sri Najib dan orang yang mencadangkannya jika Kazim menolak perlantikannya. Marilah kita sama-sama menunggu Majlis Mengangkat Sumpah perlantikan jawatan dalam Umno nanti pada 4 Disember ini!


DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS


Ketua,

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Dalam hal ini, aku tak persoalkan tindakan Ketua Pemda PAS itu yang mempersoalkan tindakan Najib melantik Ustaz Kazim sebagai seorang Ahli MT UMNO.

Sebab lantikan Ustaz Kazim itu adalah lambang tandusnya kepimpinan dalam UMNO hinggakan mereka terpaksa mengutip siapa saja yang dianggap popular dan menyebelahi mereka dan meletakkannya sebagai pemimpin.

Apa yang nak aku persoalkan ialah.. Kenapa Ketua Pemuda PAS Perak itu tiba-tiba mendakwa Ustaz Kazim adalah ahli PAS semenjak 1998 lagi dan masih ahli PAS?

Adakah beliau seorang pelupa?.. ataupun beliau langsung tidak tahu bahawa Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Perak pada 14 Mei 2011 lalu yang diadakan di Markas Tarbiyah Air Kuning, Perak, telah meluluskan sebulat suara usul memecat Ustaz Kazim...

Tengok print screen nih!
Atau lihat di Dewan Ulamak PAS Perak di SINI

Malanglah PAS Perak kalau macamni.. ada Ketua Pemuda pun.. muda-muda lagi dah jadi pelupa.. nak jadi pemerintah macam mana ni??

Atau... usul itu hanya sekadar usul....

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.