Isu Bernas: PKR bantah tindakan kerajaan
KUALA LUMPUR - PKR hari ini membantah keras tindakan kerajaan yang
terus menerus mempertahankan kepentingan tokoh korporat, Tan Sri Syed
Mokhtar al-Bukhary yang mengambil alih kepentingan syarikat milik
kerajaan (GLC), Padiberas Nasional Berhad (Bernas).
Anwar juga kesal apabila jawapan yang diberikan dalam Dewan Rakyat oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri hari ini tidak menyatakan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pesawah dan kakitangan Bernas akibat pengambilalihan itu.
"Menteri seolah-olah pertahankan hak Tan Sri Syed Mokhtar dan tiada suara yang mempertahankan nasib pesawah padi dan kakitangan Bernas.
"Kita bantah keras kerana ia korbankan kepentingan petani dan saya mahu penjelasan kenapa 99.9 peratus Melayu-Bumiputera dikhianati setelah kepentingan mereka tidak dipertahan," katanya pada sidang media di lobi bangunan Parlimen, dekat sini, hari ini.
Pada 12 November lalu, Anwar mendakwa penguasaan Syed Mokhtar dalam Bernas terpesong dengan niat asalnya untuk membela nasib petani dan memastikan keperluan beras negara dipenuhi.
"Kita patut ingat niat asal penswastaan Bernas bukan sahaja untuk memastikan keperluan beras negara dipenuhi.
"Tetapi untuk memastikan petani, pengedar Bumiputera dan pekerja Bernas mendapat manfaat daripada milikan ekuiti penswastaan tersebut," katanya.
Tambahnya, berbeza pada 1995 iaitu sebanyak 45 peratus pegangan Bernas menjadi milik petani dan staf Bernas, syarikat padi tersebut kini dikuasai oleh seorang individu sahaja iaitu Syed Mokhtar.

0 orang berkata:
Post a Comment