Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

THAILAND BERGOLAK

Lebih banyak kementerian dikepung, tunjuk perasaan merebak ke luar Bangkok

27/11/2013 11:37pm

BANGKOK - Lebih banyak kementerian di sini diserbu dalam tunjuk perasaan antikerajaan yang merebak ke seluruh Thailand.

Walaupun tunjuk perasaan diadakan secara aman, namun kehadiran beribu-ribu pesertanya menjadikan keadaan lalu lintas di Bangkok yang sentiasa sesak menjadi bertambah teruk.

Tiada keganasan dilaporkan setakat ini, tetapi para penunjuk perasaan yang meningkatkan tekanan agar Perdana Menteri Yingluck Shinawatra meletakkan jawatan atau membubarkan parlimen, meminta penjawat awam pulang ke rumah.

Antara kementerian yang dikepung ialah Kementerian Kebudayaan, Kementerian Perdagangan, Kementerian Buruh, Kementerian Sains dan Kementerian Tenaga, manakala Kementerian Kewangan masih diduduki penunjuk perasaan.

Bantahan awam ini tercetus bulan lepas bagi membantah rang undang-undang yang bertujuan memberi pengampunan kepada perdana menteri yang digulingkan, Thaksin Shinawatra, abang kepada Yingluck. - Bernama

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_32.htm#ixzz2lsMqBfvh
Hakcipta terpelihara

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.