PR ulangi pendirian bantah tuntutan Comango
KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat hari ini mengulangi pendirian membantah
tuntutan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) yang bercanggah dengan
Perlembagaan negara dan menafikan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam
kebebasan beragama.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyuarakan bantahan itu sambil menyatakan PR tetap konsisten dalam mempertahankan akidah dan akhlak umat Islam daripada tercemar.
"Isu ini (tuntutan Comango) bagi kita jelas, kita sebagai negara Malaysia dan Islam agama Persekutuan pendirian kita dalam menjaga kepentingan menjaga akidah, akhlak dan menghormati hak orang Islam malah tiada langkah yang mencemar Islam itu konsisten.
"Soal akhlak dan akidah ini tidak hanya terbatas kepada satu badan, kita harus tegas bahawa undang-undang negara mesti memelihara kepentingan akhlak dan akidah masyarakat Islam.
"Jadi apa saja tindakan atau usul yang bertentangan, tidak boleh diterima malah malah ditolak dengan tegas, kami konsisten," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, dekat sini, hari ini.
Beliau mengulas lanjut tuntutan Comango terhadap kebebasan murtad sebagai hak kebebasan beragama dengan menafikan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam menentukan keIslaman seseorang itu.
Comango juga dilaporkan media menuntut menghapuskan undang-undang jenayah syariah yang sedang berkuat kuasa, mengiktiraf hak pengamal lesbian-gay-biseksual-transeksual (LGBT), menghalalkan perzinaan atas alasan kedua-dua pihak rela dan bersetuju.
Pada 5 November lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan sedia menimbang pandangan semua sektor termasuk NGO dan pendirian kerajaan berdasarkan Perlembagaan dan undang-undang negara.
Selain itu, beliau berkata kerajaan mengambil kira kedudukan Islam dalam negara dan keperluan menghormati agama lain.
"Apa juga tuntutan mereka akan dipertimbangkan berdasarkan faktor yang disebut di atas, kami akan pertimbangkan keputusan yang sewajarnya untuk diambil dengan berdasarkan apa juga tuntutan atau pendirian mereka kemukakan kepada kerajaan," katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment